Monday, January 31, 2011

KaeDaH taLaQQi MuSyaFaHaH

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”.  Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.  Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan.  Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. 

Talaqqi
Talaqqi pada bahasa :  pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Talaqqi pada Istilah   :   Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya.  Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
  1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
  2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
  3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
  4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan  besar kepada murid.
Objektif
  1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
  2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
  3. Membaca dengan betul dan fasih.
  4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.
Ciri-Ciri
       1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
       2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
       3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
       4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
       5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan.  Guru menulis di papan tulis.
11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya.  Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12. Penilaian -  guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat.  Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13.  Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.

Monday, January 24, 2011

CaRa2 MeNGataSi SiFat MaRaH

~ Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti bersabar, lemah lembut, dan berhati-hati dalam membuat keputusan,..
~ Mohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan,..
~ Berwuduk. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Dan api akan terpadam dengan mengambil wuduk,.
~ Ingat akan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang mengikuti nafsu amarahnya,..
~ Ingat kepada kelebihan dan pahala yang diperoleh orang yang berjaya menahan marahnya. Orang yang berjaya menahan kemarahannya disifatkan sebagai pahlawan yang berani,.
~ Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita,..
~ Jika marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk, jika marahnya masih belum reda, hendaklah dia berbaring,..
marah itu amatlah mudah,. dan ketahuilah bahawa sabar itu sangat indah

“ Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada sekalian mukmin “….az-zumar ayat 55.

Friday, January 14, 2011

PetUa MeNCuCi HaTi ~ dr. HaJi FaDZiLaH KaMSaH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya, Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang syubhah.
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
sumber~

Tuesday, January 4, 2011

FaKtoR iMaN BeRtaMBaH & BeRKuRaNg

Sesungguhnya iman itu terbahagi kepada 5 bahagian,. iaitu iman yang tetap, sentiasa bertambah, sentiasa berkurang, bertambah & berkurang, dan yang ditolak,.

Iman yang tetap ~ iaitu iman yang bertambah dan tidak berkurang seperti iman sekalian para malaikat,..

Iman yang sentiasa bertambah ~ iaitu iman para nabi dan rasul,..

Iman yang sentiasa berkurang ~ iaitu iman orang fasik,..

Iman yang boleh bertambah dan berkurang ~ iaitu iman sekalian orang mukmin,..

Iman yang ditolak ~ iaitu iman orang munafik,..

Faktor2 tambahnya iman :

*Ilmu pengetahuan ~ iaitu ilmu yang dapat menyebabkan bertambahnya pengetahuan dan keyakinan kepada Allah,.. ianya meliputi ilmu yang berkaitan dengan Allah, Rasul, dan Al-Quran,..
*Memperbanyakkan melakukan amal2 soleh,..
*Sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah,..
*Sentiasa berzikir kepada Allah,..
*Sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan ibadat kepada Allah,..

Faktor2 berkurangnya iman :

*Kejahilan,..
*Selalu melakukan perkara maksiat,..
*Sikap lalai dalam mengerjakan ibadah,..
*Tidak tabah dalam menghadapi ujian Allah,..
insyaAllah sama2 ambil iktibar, amal, dan sampaikan,..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...