Monday, December 10, 2012

blog menjana dosa

blog sama juga seperti astro. seperti 'tagline'nya, macam2 ada.. ada yang berkisar tentang ilmu agama, ada yang berkaitan ilmu dunia, tidak lari juga ada yang memaparkan hal2 semasa, gosip2 artis, hal peribadi, dan sebagainya.

tapi dalam sedar xsedar. blog adalah satu sumber penjana ekonomi dosa dan pahala bagi sang empunya. amat malanglah bagi yg menerima kredit dosa kedalam akaun amalan yang xkira masa. dtgnya dari dunia alam maya yg tiada cuti dalam beroperasi.

antaranya puncanya adalah post2 yg menceritakan hal semasa. ingin memberi maklumat semasa itu bagus tetapi memaparkan gambo2 yang terdedah auratnya.. seperti golongan artis sebahagiannya. blogger ni sbenarnye macam panelis surat kabo la.. lebih kurang. maklumat semasa itu pula ada yg diketahui dan tidak diketahui sumbernya. sahih ke rekaan ke. nampak best je, buat crite. boleh jadi ianya rekaan boleh jadi pula benar. bukankah menyebarkan yg salah itu bermakna kita bertolong bantu dlm perkara yg dusta?

lebih2 lg adalah post2 yg berkait dengan fitnah. tidak kiralah berkait politik, gosip artis atau sebagainya. semuanya x terlepas dari kemungkinan. hati2 dengan fitnah
.........وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ.... (Al-Baqarah:191)
dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan
tidak kurang juga dengan blog peribadi. berbicara mngenai diri sendiri mahupun org lain, ataupun artis luar dan dalam negara. penyebaran gambar2 terdedah aurat.. perkongsian video tarian, nyanyian, dan lain2. bukan semua perkara perlu untuk kita tunjuk kepada orang lain. sebagai perempuan contohnya, apabila ingin mengambil gambar untuk dimasukkan kedalam blog. dan pastinya tidak lari dari naluri seorang perempuan itu untuk berhias. oleh itu, bergembiralah syaitan, 'jarum halus'nya berjaya mencucuk jiwa2 insan untuk bertabarruj.. tanpa sedar........... apa? nk buat diari peribadi je? ehhe. nk buat diari peribadi private le. xprivate, nk bg 1 dunie tgok dan bace maknenye 

ada juga yg jenis show off hubungan terlarang. *hubungan terlarang disini bermakan hubungan yg xhalal ye. sudahlah berbuat dosa, ditunjukkan ke serata dunia pula. tidak cukup dengan ceritanya, post gambar lg. peringatan bagi kita.. kalaupun tidak berbuat ketaatan janganlah menunjukkan kemungkaran. perlu dilihat juga post2 yg terarah kepada mengata org lain, kutuk org sana kutuk org sini. lebih buruk lagi, mengumpat. "fuhhh. dapat luah semua kat blog lepas sikit tensyen". tensyen dunia hilang lah MUNGKIN. tp tensyen akhirat kene beringat juge.

ouh, kalau gitu nk kene post sal agame je la sokmo. xyah pikir hal lain. gitu?

bicara hal lain2 itu xsalah. cume ade perkara yg perlu dititikberatkan.. dan jangan fikir post2 yang berkaitan ilmu2 agama tidak mendatangkan dosa. disini saya juga ingin ingatkan.. xsemestinya blog itu banyak bicaranya tentang agama, tiada salah nya. perlu diperhatikan juga sumber cerita, dalil terutamanya hadis. hadis banyak kedudukan dan taraf hadis. seperti hadis sahih, hasan, dhaif, maudhu', dan lain2. kita seharusnya berhati2 dalam membawa hadis. akhir zaman ini, kelihatan banyak hadis palsu. terutamanya berkait ngan amalan kebajikan, fadhilat2, dan sebagainya. berwaspada dengan sabda Rasulullah
'Sesiapa yg berkata mengenaiku apa yang tidak pernah aku ucapkan maka dia menempah tempat duduknya dalam neraka" -Shahih Bukhari
tahukah anda? dosa dan pahala lebih kurang seperti MLM juga.. inilah yg dikatakan sbgai saham. sabda Rasulullah..
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda, "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. sebaliknya, barang siapa yang mengajak kepada kesesatan, maka maka ia akan mendapat sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim)
alangkah indah jika ia (segala punca kepada dosa itu) kita ubah ia menjadi sumber pahala kepada kita. itu sume soal pilihan. mende nak xnak je

jangankan blog, segala akaun kita yang lain, facebook, twitter, instagram, laman video sperti youtube, dan sebagainya juga berpotensi untuk menjadi aset penambah dosa kita.. masih tidak terlewat untuk kita mengubah segalanya. tetapi ingatlah, andai saat kematian tiba, tiada apa lagi yang mampu kita lakukan. ubahlah segalanya.. sementara masa masih ada

teliti kembali perkara2 lalu yang telah kita lakukan, muhasabah diri. ingatlah,.. orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. tiada apapun dengan dunia ni. ianya ladang akhirat. hanya kehidupan sementara yang menjadi jambatan untuk kita ke dunia yang kekal. andai populariti yang ingin diraih, andai follower yang ditagih,  semuanya bersifat sementara. tidaklah mereka menjadi peneman kita dikala kita meninggalkan dunia. mungkin sebentar lagi, mungkin kejap2 lagi,.. siapa tahu?

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya." - Sahih Muslim
#nasihat org lain bererti nasihat diri sndiri juga. teruja melihat rakan2 yg berkembang usaha dakwah. smpai masuk tv lg

Thursday, December 6, 2012

baju lama sarung nangka

fuhh. hampir setahun menghilang. sekarang menjelang. macam hari raye. A'uzubillahi minassyaitonirrajim. BismillahirRahmaanirRahim


baca dengan tajwid yg betul dan penuh kemerduan ye. yg ni juga


dah baca ayat, kita baca trjemahan pulak.ok..
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab: 59)
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A’raf:26)
melihat ayat tersebut, pastinya berkisar dgn aurat lah kan. dan terarah kpada perempuan. asal pasal aurat je, pmpwan. asal pasal aurat je, pmpwan. ape ingat laki xde bahagian aurat ke? ya.. memang laki ada juga batasan aurat tapi  pnjagaan aurat perempuan lebih dititikberatkn. surface area pnutupan aurat laki lebih mudah dan selalunya terjaga lah kan nk dibanding dgn perempuan. aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. pemakaian juga prlulah menurut syariat. sesungguhnya Islam telah mengangkat darjat wanita,. namun masih ada yang tidak mahu mnutup aurat dgn smpurna dan tidak memakai tudung antaranya dengan alasan :

panas. kau laki ape tau. yg panasnye kitorg.. pakai terdedah dedah, xpakai tudung ni lebih selesa. katanya. rimas. ish.. sume nk tutup.. ikot suke aku la, aku lebih selesa macam ni. bajet baik nak nasihat orang. kau pun sama je. org cm kau ni umpama kambing menyuruh anaknya mandi. tau!
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)
kalau balasan Allah kelak, xdek rimas2 dah. jika xmampu tanggung kerimasan tersebut di dunia maka rasakanlah kesakitan diakhirat nanti. dan ketahuilah, bahawasanya setitik peluh wanita kepanasan krn mnutup aurat itu dikira pahala. apa jua yg mghalang atau ujian untuk setiap amalan kebaikan itu merupakan pahala bagi yang melalui.

ada yg berkata.. tutup aurat, pakai sopan pun kene rogol juga. xdek bezanya. tajam2 durian pun ada juga tupai menebuknya! chewah guna perumpamaan plak

tidak perlu berkata gitu sbenarnye. wanita kelemahannya pada aurat dan lelaki kelemahannya pada syahwat. maka bagi wanita tidak boleh berkata "lelaki yang salah sebab mereka x mampu menjaga syahwat". sedangkan wanita sendiri yang lalai dalam menjaga aurat. wanita yang hebat adalah wanita yang tabah menjaga aurat manakala lelaki yang hebat adalah lelaki yang sabar menahan kehendak syahwat. wanita dan lelaki yang hebat adalah yg sama-sama teguh memuliakan syariat.

ada juga yang berkata, “tak sembahyang tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. yang sembahyang dan bertudung pun perangai teruk jugak.” orang begini nyata menunjukkan kebanggaan dengan kejahilan dalam keegoan. menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah. mereka yg berperangai buruk itu biarlah mereka sekurang-nya mereka menurut perintah Allah. luaran itu biasanya menzahirkan dalaman. jika berani lawan perintah Allah, lagikan mahu kata hati bersih?

tidak kurang pula, ada yg mencemuh,.. "xperlu la sibuk urusan org lain. xmenyusahkan kau pun".. haa. aurat yg terdedah menjadi penambah dosa org lain. itu masalah bersama. cara pemakaian menjadi ikutan org lain. itu masalah bersama. memberikan contoh yang xbetul sebagai org Islam. itu juga masalah bersama. betulkan pemikiran kita, bahawasanya jaga tepi kain org tu bgus sbenanye.. tp jgn msuk dlm kain org. teguran itu xlebih dari jaga tepi kain sebenarnya.

takut dikata oleh mulut2 manusia kerana pakaian xmoden? takut diperli rakan? malu untuk berubah? jika hendak dikatakan berpakaian moden, pakaian yang kurang kain tidaklah moden sebenarnya. jika semakin kurang kain semakin moden, maka beruklah yang paling moden. jika malu untuk berubah kearah kebaikan didepan mata manusia maka tanggunglah malu diakhirat kelak. dan yg paling pnting, yang perlu kita utamakan adalah pandangan Allah. bukanlah pandangan manusia. hadith Rasulullah
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian - shahih muslim
antara lain, ada juga yang menunggu hidayah. katanya, sampai seru nanti barulah dia akan menutup aurat dengan sempurna. maka ketahuilah, hidayah itu perlu dicari.. bukan ditunggu. lagipun, seru untuk menutup aurat telah pun lama berlaku. dan.. xpernah pulak adanya seru untuk mendedahkan aurat.

ada juga golongan yang minta didoakan agar dikurniakah hidayah. bagus jika ada niat untuk berubah, tetapi jangan hanya mengharapkan doa orang lain. diri sendiri juga perlu berdoa. namun, beringat lah juga, doa tanpa usaha itu bohong. usaha tanpa doa itu sombong. tanpa usaha empunya badan, xjadi ke mende juge

maka ingin saya analogikan tentang pemakaian tudung

cekelat : dua biji cekelat, satu darinya dibuka dari pembalut plastik. kedua-duanya dijatuhkan. maka mana satu yg akan diambil dan dimakan?
buah : di pasar, atau gerai buah. ada antaranya bersalut surat khabar atau plastik, ada juga yang xbersalut. dibelek2 yg xbersalut. diteliti-teliti yg xbersalut. tapi lihat.. orang ramai mengambil yang bersalut juga untuk dibeli bukan?
lolipop : dua lolipop. satu daripadanya dibuka pembalutnya. kedua2 nya dibiarkan. setelah sekian-sekian masa, yg mana jadi pilihan?

perubahan itu pastinya memakan masa. xpe.. berubahlah sedikit demi sedikit. tapi jangan terlalu perlahan dan menunggu waktu. kerana waktu mati itu xpernah menunggu. hatta sedetik. jika kita masih pada takuk yg lama dan xingin berubah maka ketahuilah baju lama dibuat sarung nangka itu lebih mulia daripada segala pakaian dan tudung yg xmembantu menutup aurat kamu. Wallahu A'lam

#sejuk mata. sejuk lg hati tengok ada sahabat2 yg thabit menuntut syariat Islam dan istiqamah dalam penjagaan aurat dengan sempurna. tidak kurang juga yang menuju kearah itu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...