Tuesday, December 16, 2014

Dalih Sang Kidal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
bertemu lagi kita. ya, sebelum tu tiup2 sikit sawang yang ada.



rujuk kepada gambar kat atas. sememangnya suatu ketabahan yang perlu seorang yang kidal (dominan kiri).. dalam bahasa inggeris, left-handed struggle orang kabo. ya, dan bukan itu yang hendak di highlight dalam entry pada kali ini.

hidup ni memang ada macam2 orang, macam2 ragam, macam2 perangai, macam-macam sifat, macam-macam kebiasaan, dan macam-macam macam-macam lagi.

kita bawa kepada perkara basic dalam kehidupan dan perkara asas seorang manusia untuk hidup.. iaitu.. MAKAN.. ya.. makan. sabar dulu. tenangkan diri. baru sebut perkataan makan dah bergetar perut. tenang..

Islam merupakan agama rahmat bagi sekalian alam. dan Rasulullah telah mengajarkan setiap perkara sekecil-kecil perkara termasuklah makan. baik,. sepertimana yg umat Islam diajar adalah makan dengan tangan kanan. nilai perbuatan kita semula, adakah sekecil perkara begini pun kita xmampu mengikut syariat Islam? lalu kita berkata.. apa salahnya makan tangan kiri? maka beringatlah kita. sabda Rasulullah S.A.W.

“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (Riwayat Muslim).

Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah bersabda : "saudara jangan sekali-kali makan dengan tangan kiri dan jangan sekali-kali minum dengan tangan kiri. Sebab syaitan makan dan minum dengan tangan kiri. (riwayat Bukhari dan Muslim


cuba kita lihat. perkara ini adanya larangan dari Rasulullah. demikian pastinya ada hikmah disebalik larangan ini walaupun masih belum dibuktikan dengan sains. maka hipotesis mudah yang dapat saya simpulkan bahawa jika benar seseorang itu cinta dan mempunyai keimanan pada Rasulullah, maka mereka akan ambil berat bagi setiap yg baginda katakan.

berkait rapat dengan perkara ini pastinya tidak lain iaitu golongan kidal. jangan pula org yg tidak kidal memandang rendah kepada mereka, sedangkan dari golongan mereka juga ramai yg xcakna dalam hal ini. sekurang-kurangnya mereka yang kidal mempunyai halangan dan kebiasaan yg teramat biasa berbanding anda yg tidak mempunyai masalah apa2.

jika ada kesempatan, tegurlah kawan2 dan kenalan anda. antara dalih dan alasan yang pernah saya terima dan alasan2 yg masyhur:

1) TANGAN KOTOR. ini alasan paling femes dari semua orang. tuan-tuan, satu soalan untuk tuan-tuan. adakah nasi itu najis? sudah pasti jawapannya tidak. demikian mengapa masih memberi alasan begitu. apa salahnya jika disisip jari jemari lalu pegang dan minumlah dengan tangan kanan. maka besar manakah kepentingan cawan itu berbanding pesanan Rasulullah? cawan itu jika tidak dibuang, dibasuh juga kemudiannya bukan?

2) AKU KIDAL. ouh,. anda seorang yang kidal ya. atas dasar apa kamu memberikan alasan begitu. sesungguhnya ini semua tidak lain hanyalah mentaliti. tidak bolehkah ubah. susah? ya.. sememangnya susah jika perkara asas tidak diubah. itulah mentaliti

3) BIARLAH. BUKAN PAKAI TANGAN. nampak alasan seperti alasan yang cerdik. tapi sebenarnya melambangkan keegoan dan kebodohan. hadis Rasulullah sudah cukup jelas. lihat, kebiasaan makan menggunakan tangan. minum pula menggunakan cawan. tetapi keduanya dirangkumkan bersama dalam satu hadis. maka mengapa hendak dibezakan antara makan minum guna perantara atau tidak?

cukup sekadar itu. saya bawakan yang femes dan masyhur. mungkin ada lagi tetapi kurang digunakan. dan perkara sebegini selalunya diberikan alasan oleh mereka yang kidal. ini kerana mereka lebih sukar untuk menggunakan anggota kanan mereka dalam kehidupan dan amalan seharian. melainkan bagi mereka yang cacat anggota tangan mereka. semoga mereka dikurniakan kekuatan menjalani kehidupan seharian insyaAllah..

"aaaaahhhhhh kau senang la cakap. kau xtau ape rasenye jadi orang kidal!!! kau tahu x, kajian kata lebih kurang 2,500 orang kidal mati setiap tahun sebab guna alatan dibuat utk org tangan kanan. ni mnunjukkan susahnye jadi orang kidal kau tahu!!"

saya juga seorang kidal. tulis guna tangan kiri. sepak bola kaki kiri. tapi atas sedikit latihan dan paksaan atas diri maka saya berjaya amalkan perkara sepatutnya dengan tangan kanan.. jika saya mampu mengapa anda tidak mampu?

kadang2, ada yg membalas kata2 teguran yg diberi. suatu untuk difikirkan. bagi mereka yang melawan atau menganjing atau buat muka atau sebagainya terhadap org yg menegur.. maka fikirkan semula perbuatan anda. demikian adalah pesanan dari Rasulullah. adakah anda mempermainkan kata2 Rasulullah dengan perbuatan tersebut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...