Sunday, March 27, 2011

MeRaNCaNg KeMatiaN

Sudahkah anda merancang kematian anda?
apa la cakap pasal mati jer sokmo… tapi ketahuilah,. sesungguhnya org yg cerdik adalah org yg sentiasa mengingati mati,..

Macamana nak merancang, mana ada orang tahu dia mati bila, ya tepat sekali jawapan anda, sebab tak tahu lah kita kena rancang…yakni bersedia.

Semua orang tahu tarikh nak masuk peperiksaan, temuduga, hari raya, nikah dan sebagainya, lalu merancang persediaan untuk hadapi hari-hari tersebut. Namun hari yang dirancang itu belum pasti sebenarnya kerana boleh jadi hari kematian muncul terlebih dahulu, ketika ini nak salahkan siapa tak merancang untuk kita? Malahan hari kematian itu pasti dan tiada siapa yang boleh menangguhkannya apatah lagi menolaknya tidak kira sama ada kita bersedia atau tidak.

Ramai yang bijaksana lagi sistematik perancangannya untuk menyambut atau meraikan sesuatu, tapi tidak ramai yang bijaksana dalam erti kata sebenar…

Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam ditanya : Siapakah manusia yang paling bijak? Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Mereka yang paling banyak mengingati mati, dan yang paling banyak membuat persediaan untuknya. Itulah orang yang bijak, mereka pergi dengan kemegahan dunia dan kemuliaan akhirat.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Haithami berkata : Isnadnya hasan].
Kehidupan di dunia ini sebenar adalah perjalanan menuju kematian. Jika sebuah kereta atau sebuah kapal mahu memulakan perjalanan dan pelayaran sudah semestinya kereta dan kapal itu bermula pada destinasi yang diketahui lagi dikenali lalu dimaklumi juga kepada penumpang dan anak kapal destinasi tujuan kereta dan kapal tersebut. Jadi sudahkah kita kenal lagi mengenali asal tujuan perjalanan kehidupan ini???

Kenalilah dari mana kita datang dan ke mana destinasi akhir kita. Kematian bukanlah destinasi akhir tapi pintu akhir di dunia dan pintu permulaan untuk alam akhirat. Jadi sudah tentu destinasi sebenar seluruh makhluk manusia dan jin adalah Syurga dan Neraka.

Bagiku dan pandanganku, cukuplah 3 perkara utama yang dapat dihuraikan dalam perancangan manusia menuju kematian.

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): 1 - Sedekah jariah, 2 - ilmu yang bermanfaat dan 3 - anak yang soleh yang mendoakannya”. (H/R Muslim 3084)
Bukankah dunia ini ibarat ladang dan hasilnya akan dituai di akhirat nanti? Maka, marilah kita bercucuk tanam merangkumi tiga perkara yang telah disebutkan Nabi Shalallahu alayhi wasallam tersebut. Jika kita perhatikan sedekah jariah, yakni kita menginfakkan atau memberi sebahagian harta yang kita ada untuk kebaikan orang lain atau untuk kebaikan umat islam maka di situ telah menunjukkan kita perlu mencari harta. Jadi adakah di sini mengajak kita meninggalkan hal pekerjaan di dunia? Tentulah tidak, malah menyedarkan kita matlamat asal hidup untuk mengumpul saham akhirat maka bekerja keraslah wahai manusia untuk mencari habuan dunia dan akhirat.

Seterusnya, ilmu yang bermanfaat yakni ilmu yang dipelajari sama ada ilmu wahyu atau ilmu aqliah. Ilmu wahyu adalah ilmu agama yang diwahyukan oleh Allah Taala kepada pesuruhNYA Nabi Muhammad Shalallahu Alayhi Wasallam. Dan ilmu aqliah yakni ilmu fardhu kifayah yang bertujuan mentadbir dan mengurus sistem kehidupan manusia yakni merangkumi ilmu kejuruteraan, perubatan, pendidikan, kebajikan dan sebagainya. Maka, apabila ilmu tadi diajarkan dan disebarkan kepada manusia lain yang dengan itu ramai manusia mendapat manfaat dari ilmu tadi maka, pahala yang berterusan sehingga ke hari kiamat akan datang memenuhi saham amal sang pengajar atau sang pengamal ilmu itu tadi, sebanyak bilangan orang yang mendapat menfaat dari ilmu itu tadi sebanyak itulah pahala yang diterimanya.

Dan terakhir, anak yang soleh yang mendoakan. SubhanaAllah Maha Pemurahnya Allah Azza wa Jalla kepada hambaNYA yang berusaha memikul anugerah dan amanah Allah dalam bentuk pimpinan seorang ibu atau ayah kepada zuriatnya. Lalu apabila anak yang diasuh dan dididik membesar menjadi hamba Allah Taala yang taat dan beriman kepada Allah lalu sering mendoakan kedua ibu bapanya, maka inilah harta ayah bonda yang tiada tolok bandingnya dengan isi dunia kerana setelah kematian ibu bapa tadi sesungguhnya segala harta dan kekayaannya tidaklah dapat dibawa bersama ke alam barzakh tetapi doa anak yang soleh itu jugalah yang akan sampai menemani kedua orang tua mereka.

Namun begitu, untuk mendapatkan harta bagi disedekahkan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan terlebih dahulu hendaklah kita berILMU. Ilmu yang tersangat penting di sini adalah ilmu wahyu yakni ilmu agama. Bayangkan tanpa ilmu agama bagaimana kita mahu membezakan harta yang dicari itu halal atau haram? Jangan jadi seperti Robin Hood yang berniat baik membantu orang dalam kesusahan melalui hasil rompakan. Bagaimana pula mahu menjadi orang berilmu dan memanfaatkan ilmu kemahiran yang dipelajari tanpa terlebih dahulu kita berilmu dengan ilmu agama kerana sesungguhnya dengan agama akan menjadikan seseorang ikhlas mengharapkan pahala hanya dari Allah Taala bukan pujian dan terima kasih dari manusia. Terlebih kerana amal yang ikhlas itulah yang diterima oleh Allah Azza wajalla. Seterusnya anak yang soleh, bagaimana mahu mendapat anak yang soleh kalau tidak terlebih dahulu ibu bapanya yang soleh, lalu bagaimana mahu menjadi soleh kalau bukan dengan ILMU agama.

Oleh itu, marilah kita merancang kematian kita dengan ILMU Agama. Sentiasalah melakukan pertambahan ilmu agama yakni sesungguhnya ilmu Allah Taala amatlah luas dan tak akan habis, maka sudah tentu kita perlu sentiasa menambah ilmu sehingga ke akhir hayat. Sesungguhnya kebaikan yang diterima Allah Taala adalah dengan berilmu sebelum beramal.

"Barangsiapa Allah kehendaki baginya kebaikan maka Allah akan fahamkan dia dengan agama" -HR Bukhori

Wa Allahu’alam bisawab~
InsyaAllah sama2 ambil iktibar, amal, dan sampaikan

Wednesday, March 16, 2011

iNSyaALLAH TuaN2, LaGi & LaGi

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. atas sgale nikmat kurniaan nya keatas kite,. mungkin cuti ini peluang keemasan yg amat bermakna bg aku,. semoga aku terus kekal dalam kesedaran dan kesyukuran,.

aku baru sahaja balik dari sri petaling,. tidak perlu aku perincikan pasal tempat itu,. dah lame juga aku xkesana,. mungkin dah setahun kot,. alhamdulillah,. aku diberi lagi kesempatan oleh Allah untuk kesana lagi,. kami ke sane seramai 4 org sahaja,. trmasuk aku le,. mereka bertiga mrupakan pelajar maahad tahfiz negeri pahang,. 2 drpd nye kenalan aku dr skola mngh lagi, iaitu anas dan asyraf misran. sorg lagi tuh mrupakan pemegang jwtn trtinggi di sane,. kirenye kalo kat ipg nih, YDP la,..

otw ke sane, kami brenti jap, jenjalan area masjid india cari brg2 yg nk cari n tunaikan solat,. dah penat bjalan, btolak ke sri ptaling,. sesampai di sana, hujan lebat mencurah ke ladang gandum,. heh. xde ah, hujan turun sgt la lebat,. kami pon brehat jap n mencuci diri, smentara tggu masok mghrib,.

lpas maghrib, sperti biase la, ade bayan,. bayan nih dlm bm nye penerangan,. cam kuliah la,. habis je bayan, azan,. kebiasaan nya, bayan pas maghrib slalu abis area kul 10, 11 gitu,. tp sebab bukanlah ade jord ke, ijtima' ke,. kejap je la,. siap je azan, kitorg kuar merayaukan diri,. heh. (sbb da jama' ye).. kami makan2 sikit n cari brg lagi,.

ha,. skrg baru main point nye,. anas teringt dy ade contact sorg hamba Allah nih,. penah kuar dlm mastika,. aku pon xbace lg yg mane 1,. anas pon contct la dgn mmbritahu bhawe kami ade d sri petaling,. stelah merayaukan diri selama beberapa lame, kami balik ke masjid sri petaling utk i'tiqaf disitu,. cam sblom2 nih la,. akhirnya dua org trlelap,. tinggal aku ngn anas je xtido lg,. anas mndapat msg, bhw insan yg dikonteknya itu ade di masjid,. aku ngn anas pon mencari la,. dan beramah mesra dengan beliau,. disitu, dy dengan member nye lg sorg,..

rupa2 nya, insan itu adalah dj irwan syah,. yg merupakan deejay klfm dan IKIM dulunya kalu xsilap,. namun dengan kesedaran yg hadir dlm diri, setelah ditasykil oleh rakan nya,. untuk bersama membuat dakwah,. kini dia bnyk mnghabiskan msa dijalan Allah,. Alhamdulillah,.

start kul 12 smpai kul 3 pg dy bercerita tntg kbesaran Allah,. aku dan anas terpaku mndengar,. sungguh  cantik bicara nya,. susunan ayatnya yg kemas dan ceritanya yg penuh penghayatan,. terkesan aku dengan kata2 nya,. memang patut lah dulu dy jd dj,. benak aku dlm hati. 3jam yg bermakna,. sehinggakan bayan lepas subuh tidaklah aku dengar melainkan sambung semula tidur.
hanya berlampukan cahaya rembulan,. dj irwan syah bercerita kepada kami,. segala nya mmberi kesan kedalam hati aku,. antara yg aku ingt la,.

))>>kita sebagai org islam di dunia ini sebagai da'ie,. sepertimana seorg pemandu bas,. seandainya berlaku kemalangan,. pastinya yg di persalahkan adalah pemandu bas itu sendiri,. begitu juga dengan kehidupan kita di bumi ini,. kita sepatutnya sedih melihat kematian mereka yg tidak matinya dalam Islam,. apakah yg akan dipersoalkan keatas kita kelak? adakah kita mnjalankan tggungjawab kita menyebarkan agama Allah? tidakkah kita akan dipersalahkan oleh mereka yg tidak matinya dlm Islam kerana tidak membawa dan mengajak mereka2 dan yg lain kearah Islam?

))>>segala yg ada pada diri kita ini hanyalah pinjaman drpd Allah,. perlulah kita bnyk2 bersyukur,. siapalah kita,. tanpa izin Allah, pastinya kita tidak dpt bernafas,. tanpa izinNya juga, mata yg diberi kpd kita tidak dpt melihat,. begitu juga telinga, hidung,. tgn, kaki, dan segalanya yg lain,. sesungguhnya hanya Allah yg berkuasa,. jgnlah kita berbangga dengan keduniaan kita,. sesungguhnya,. tidaklah kita tahu pengakhiran hidup kita,. adakah husnul khatimah? ataupun suu'ulkhatimah,. nauzubillahi minzaalik,.

))>>Allah memberi kita segala nya dengan percuma,. adakah kita gunakan nya, kearah kebaikan? sesungguhnya tiadalah bos didunia ini yg mmberi gaji sebelum kerja terlaksana,. tetapi Allah itu Maha Memurah,. Allah memberi rezkiNya kepada semua makhlukNya,. sebelum kita dipertanggungjawabkan ke atas dosa dan pahala lagi, Allah telah memberi pelbagai pinjaman kepada kita,. berbagai2 macam telah kita lakukan dengan pinjaman itu,. andai dihitung sebiji mata kita sahaja dengan segala kebaikan yg kita lakukan sepanjang hidup, jauh bezanya,. sesungguhnya pinjaman Allah itu tidaklah ternilai harganya,.

))>>hanya Allah yg brkuasa,. bukanlah nasi yg mengenyangkan kita, melainkan Allah memberi kita kekenyangan dan dijadikan nasi itu sebagai asbabnya,,. bukanlah ubat2an mahupun doktor yg menyembukan penyakit2 kita,. melainkan ALlah sahajalah yg mmberi kesembuhan keatas kita,. manusia hanya berikhtiar keatasnya,.

))>>apalah sangat dengan kemewahan dunia ini andai tiada keredhaan Allah? sesungguhnya dunia ini amatlah kecil,. hendak lagi dimasukkan kedalam hati kita yg kecil ini? masukkanlah kebesaran Allah dalam hati dan buanglah kebesaran dunia dari dlm hati kita sejauh2 nya,.

))>>adakah kita sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah? sebagai contoh,. di sebuah dusun yg ditanam pelbagai jenis buah2an,. bagaimanakah Allah menjadikan pokok dan buah yg berlainan jenis dari tanah yg serupa? ditambah pula dengan warna yg berbeza,. ditambah lagi dengan rasa yg berbagai,. begitu juga dengan bentuk rupa  nya,. semua itu menunjukkan kebesaran Allah,.

sesungguhnya kebesaran Allah itu dapat dilihat di mana2 dan di setiap ketika,. masukkanlah kebesaran Allah dalam hati kita dan keluarkanlah kebesaran dunia,. kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita dan juga orang lain untuk sentiasa mengingati Allah..
"(iaitu)Orang yang beriman, dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (ar-ra'd:28)


insyaAllah,. dapat kita saling ingat mengingati antara satu sama lain,. iNSyaAllah TuaN2, LaGi & LaGi

Wednesday, February 9, 2011

aNaLoGi SeBataNg PoKoK

بسم الله الرحمن الرحيم
apa itu pokok? dalam erti kata lain ianye adalah tumbuhan. tumbuhan adalah satu daripada benda hidup yg ada di alam semesta,.

kita perlu mendidik jiwa dengan belajar dari kesabaran dan ketabahan sbtang pohon. pohon yg besar mampu mnahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang ug kukuh dan kuat,.

asalnya dari benih yg kecik, lama-kelamaan ianya akan tumbuh menjadi pohon yg besar dan semakin kuat akarnya. sebelum menjadi pepohon yg kuat, pastinya ia belajar menahan teriknya sinaran matahari, kuat dan kencangnya angin, dinginnya hujan, dan gangguan daripada makhluk Allah yang lain terutamanya manusia dan juga haiwan,..

setelah semuanya dilalui, terhasillah tunas yg bercambah dan bertukar mnjadi pepohon yang besar yg mana asalnya daripada sebiji benih yang amatlah kecil,..

beringatlah kita, marilah kita menjadi manusia yg tidak kalah dengan suasana dan juga keadaan. sepertimana ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin, namun dagingnya tetap tawar,.

apa yg dimaksudkan seperti yg di atas, kita sebagai manusia hendaklah tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan kita di dunia yg sementara ini,. banyaknya dugaan dan ujian yg akan kita hadapi,. ingatlah sesungguhnya firman Allah (surah al-inshirah: 5-6)
yg bermaksud "maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

ingatlah, sesungguhnya setiap ujian itu ada keistimewaannya,. Allah tidaklah mendatagkan ujian yang tidak mampu bagi hambanya,.

firman Allah dalam surah al-Baqarah: 216
maksudnya: "boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

teringat pula akan bait2 lirik lagu rahmat ujian nyanyian kumpulan mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu,..



sekian sahaja tarian keyboard hamba,. sekian
*best w0o lagu nih, dengar jgn x dengar ye

Monday, January 31, 2011

KaeDaH taLaQQi MuSyaFaHaH

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”.  Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.  Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan.  Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. 

Talaqqi
Talaqqi pada bahasa :  pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Talaqqi pada Istilah   :   Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya.  Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
  1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
  2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
  3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
  4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan  besar kepada murid.
Objektif
  1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
  2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
  3. Membaca dengan betul dan fasih.
  4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.
Ciri-Ciri
       1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
       2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
       3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
       4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
       5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan.  Guru menulis di papan tulis.
11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya.  Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12. Penilaian -  guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat.  Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13.  Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.

Monday, January 24, 2011

CaRa2 MeNGataSi SiFat MaRaH

~ Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti bersabar, lemah lembut, dan berhati-hati dalam membuat keputusan,..
~ Mohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan,..
~ Berwuduk. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Dan api akan terpadam dengan mengambil wuduk,.
~ Ingat akan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang mengikuti nafsu amarahnya,..
~ Ingat kepada kelebihan dan pahala yang diperoleh orang yang berjaya menahan marahnya. Orang yang berjaya menahan kemarahannya disifatkan sebagai pahlawan yang berani,.
~ Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita,..
~ Jika marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk, jika marahnya masih belum reda, hendaklah dia berbaring,..
marah itu amatlah mudah,. dan ketahuilah bahawa sabar itu sangat indah

“ Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada sekalian mukmin “….az-zumar ayat 55.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...