Tuesday, May 10, 2011

SuMBer iNTeRNeT


★Peringatan kpd Blogger dan pengguna internet sekalian★
untuk jaga kehidupan akhirat, bace jgn xbace,. pnjg sket je pon,..
terlajak perahu masih boleh diundur, dah mati xleh nak undur..

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." [Surah al-Baqarah, 2:255]
PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, minat terhadap ilmu agama semakin meluas di kalangan orang ramai baik di internet mahupun di luar internet. Di mana-mana sahaja orang mula berbicara tentang ilmu agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa akan datang, Islam akan menjadi gah semula dan tidak lagi diperkotak-katikkan. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Zaman ini, kita adalah perintis kepada kecemerlangan Islam akan datang. Maka perlulah kita memastikan ilmu agama yang dipelajari adalah benar-benar bersih dari kekotoran mereka yang tidak bertanggungjawab, baik dari orang bukan Islam, munafik dan dari orang Islam itu sendiri supaya generasi akan datang lebih berilmu dan hebat semangatnya sesuai dengan fitnah-fitnah yang bakal berlaku akhir zaman.
Internet mempunyai 'sumber ilmu yang tidak terbatas' dan pemantauan terhadapnya adalah hampir mustahil. Jadi seeloknya, perlu ada satu piawaian atau penapisan sebelum kita mengambil sumber-sumber dari internet ini. Malah boleh juga mengggunakan kaedah ini sebelum mengambil apa-apa ilmu agama dari sesiapa dan di mana sahaja.
Maksud 'sumber ilmu yang tidak terbatas' itu adalah; sesiapa sahaja boleh meletakkan atau menulis apa sahaja yang difikirkannya samada benar atau tidak, ataupun ilmiah atau jahil
Itulah tujuan risalah ini dan ia dikhususkan kepada pengambilan sumber agama, iaitu penapisan sesuatu pengajian seperti tafsir al-Quran, hadis, doa-doa, artikel-artikel dan lain-lain yang seumpamanya yang bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.
PERBINCANGAN
Umum mengetahui, sumber syariat Islam adalah dari al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun ijmak, qiyas dan ijtihad digunakan, namun ia tetap bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. Begitu juga sekiranya kita ingin mengambil sumber agama dari internet, ia hendaklah bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui ia dari sumber yang tulen?
01.Memastikan Sumber Itu Dari Akidah yang Benar
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat [49] : 6]
Tidak boleh kita mengambil sumber agama dari orang bukan Islam, kerana musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikan dan mencari-cari kesalahan agama Islam. Cara mengenalinya dengan melihat 'muqaddimah' laman web tersebut.
Pertama : Kami meletakkan (Surah al-Hajj [22]:78) menerangkan keimanan kepada para Nabi dan Rasul dan menyatakan keIslaman. Tetapi ini tidak mencukupi.
Kedua : Kami meletakkan asas ikutan kami adalah Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) dan membenarkan kerasulannya (Surah al-Ahzab [33]: 21).
Ketiga : Meletakkan hadis mutawatir, bahawa barangsiapa yang menipu menggunakan nama Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) diancam ke neraka.
Keempat : Kemudian kami meletakkan pengenalan diri dengan dimulakan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan mengakui tiada tuhan selain Allah, kerasulan Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) serta tidak mengingkari para sahabat radiyallahu anh (r.a).
Maka jika anda mahu berdakwah, menulis mengenai Islam atau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan agama melalui internet (blog dan sebagainya), hendaklah melengkapi sekurang-kurangnya perkara 'keempat' di atas. Iaitu, lafaz kalimah tauhid yang menerangkan akidah anda. Ini adalah perkara paling utama.
Antara laman web yang tidak dibenarkan mengambil sumbernya kerana bertentangan dengan akidah adalah;
Contoh 1 : Pengajian Sahih Muslim – Dilihat seperti ia menjelaskan mengenai hadis. Sebenarnya apa yang diperjelaskan melalui laman itu ternyata satu usaha menolak dan mempertikaikan sumber kitab hadis yang utama. Penjelasannya hanya berdasarkan kejahilan dan penolakan kepada kebenaran.
Contoh 2 : Jemaah al-Quran – Dilihat muka depan laman web ini seperti ia memperjuangkan agama Islam dan cuba membawa umat Islam kembali kepada al-Quran. Tetapi sayangnya, penafsirannya hanya mengikut logik akal semata-mata dan penuh dengan sangka-sangka.
Telah disepakati oleh para ulama bahawa hadis di dalam sahih Bukhari telah lengkap segala sanadnya dan diiktiraf kesahihannya secara ilmiah, bukan sangka-sangka. Begitu pula kitab-kitab hadis sahih yang ada sekarang telah lengkap pentahkikan dan pentakhrijannya.
Maka sesiapa yang menolak hadis sahih, sama seperti menolak para sahabat r.a. Menolak para sahabat sama seperti menolak Rasulullah s.a.w.. Menolak Rasulullah s.a.w. sama seperti menolak al-Quran. Menolak al-Quran sama seperti mengingkari Allah yang Maha Agung.
Orang-orang seperti ini diancam kekal di dalam neraka, sebagaimana dalam firman-Nya;
"Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan." [Surah An-Nisaa' [4] : 14]
Manakala, mereka yang taat pada Allah dan Rasul-nya, iaitu mengikuti apa yang disampaikan melalui al-Quran dan as-Sunnah;
"Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar". [Surah an-Nisaa' [4] : 13]
Ini adalah contoh laman web yang tidak meletakkan prinsip atau pegangannya atau akidahnya yang sebenar dan ternyata di dalamnya penuh kepura-puraan dan sangka-sangka. Ini terkecuali sekiranya laman web itu memang seorang yang dikenali atau mahsyur, seperti laman web Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Dr. Mohd Asri (Dr. Maza) dan lain-lainnya.
Namun kami berharap, langkah ini diikuti oleh semua pendakwah internet bagi membezakan antara satu sama lain (yang benar dan bathil) dan sebagai langkah berjaga-jaga serta pengambilan dari sumber yang salah dapat dikurangkan.
PERHATIAN : Ini bukanlah pendapat saya sewenang-wenangnya, sila lihat tafsir al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama dahulu dan sekarang. Sila baca 'muqaddimah' mereka. Semuanya bermula dengan ikrar tauhid selepas puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung.
Malah al-Quran sendiri dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang seterusnya penafian kepada kekuasaan lain kecuali, hanya Allah yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam semesta. (Rujuk Surah al-Fatihah [1] : 1-2).
02.Mengelakkan Mengambil Sumber Tanpa Rujukan
"Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar." [Surah An-Nuur [24] : 11]
a) Al-Quran
Setiap ayat Al-Quran hendaklah diletakkan nama surah, nombor surah dan ayat, supaya mudah untuk diperiksa kembali. Tidak boleh, hanya menulis ;
'Allah berfirman bahawa lelaki dan wanita mencuri hendaklah dipotong tangannya'.
Kesalahannya adalah tidak meletakkan rujukan surah tersebut. Sekiranya tidak diletakkan rujukan surah, boleh mendatangkan kekeliruan samada ia dari al-Quran atau hadis qudsi. Contoh hadis qudsi;
'...Allah Ta'ala berfirman, Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian....'
Kedua-duanya ditulis Allah berfirman, tetapi satu dari al-Quran dan satu lagi dari hadis. Ini boleh mengelirukan ramai orang. Jadi laman web yang terdapat tulisan sebegini mesti dielakkan.
b) Hadis
Setiap hadis yang dikeluarkan hendaklah, sekurang-kurangnya menulis status hadis tersebut samada sahih, hasan, daif, palsu dan sebagainya serta di manakah hadis itu diambil beserta periwayatannya. Contoh;
Contoh hadis 1 : Apabila kamu telah melihat bendera-bendera hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.
(MAUDU' Hadis PALSU, Riwayat Ahmad dan Hakim dari Tsauban) [0648] Al-Jamiush Shaghir [Terjemahannya dalam kitab Koleksi Hadis-Hadis Nabi edaran : Jahabersa Jilid 1 hadis ke 648]
Contoh hadis 2 : Dari Abu Bakar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Dajjal akan keluar dari belahan bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dia diikuti oleh beberapa kaum. Wajah mereka terlihat seolah seperti perisai yang menutupi." [2237] Sahih. At-Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah.
Sekiranya hanya ditulis, 'Nabi s.a.w. bersabda bahawa sabar itu separuh dari iman', tanpa meletakkan seperti contoh di atas, maka haram baginya mengambil, menggunakannya dan menyebarkannya. Malah perkataan 'sabar separuh dari iman' itu juga tidak diketahui asalnya, yang sahih adalah;
Di dalam Sahih Bukhari hadis bernombor 19 : Dari Salim bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malu itu separuh dari iman."
c) Artikel atau Tulisan lainnya
c.1. Tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Contoh; lihat artikel ini (RakanMasjid.com/ Sayyidah / Scribd). Di antaranya si penulis berkata,
'Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...'
Perkataan ini benar-benar bertentangan dengan akidah seperti firman-Nya;
"Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana." [Surah Asy-Syuura [42] : 51]
Perkara itu hanya khusus kepada para Nabi dan Rasul sahaja, dan adalah mustahil sama sekali dan tidak mungkin mana-mana manusia (selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.) mengatakan bermimpi mendengar Tuhan berkata-kata dengannya kecuali orang-orang yang sesat dan terencat akalnya (Sila lihat Artikel - Tipu Daya Iblis Zaman Ini). Maka sumber seperti ini dilarang menyebarkannya.
c.2) Membuat notakaki atau penjelasan mengenai sesuatu tulisan atau menjelaskan sumbernya.
Contoh 1 : Hirabah atau pemberontakan adalah sekumpulan orang yang bersenjata di negara Islam keluar untuk mengadakan kekacauan, rusuhan, pertumpahan darah, merosakkan tanaman.... (Bersumber dari Fiqh Sunnah Jilid 5 halaman 167).
Contoh 2 : Artikel Tujuan Menuntut Ilmu - Menegakkan agama Islam bermaksud..... Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.(Rujukan : Krisis Dalam Pendidikan Islam - Dr. S.S Husain dan Dr.
S.A Ashraf )
Notakaki adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan mengenai apa yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan sebagai dalil dan pemahaman kepada maksud-maksud tertentu. Sumber tulisan seperti ini (yang tiada sumber rujukannya) tidak layak dijadikan hujah, hanya sekadar bacaan santai.
03.Menghindari Laman Web yang Menghina Ulama
Berikut adalah firman Allah yang Maha Agung mengenai pembersihan nama Ummul Mukminin 'Aisyah r.ha. Namun, ini juga merupakan pengajaran kepada para mukminin dan mukminat supaya bersangka baik. (Rujuk tafsir Ibn Katsir halaman 270 juz 16-19)
"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata" (kerana tidak mendatangkan bukti)." [Surah An-Nuur [12] : 24]
"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar." [Surah An-Nuur [24] : 15]
Banyak laman web yang menghina para ulama baik dari ulama salaf, khalaf dan ulama masakini. Amat mendukacitakan kerana mereka mengkritik tanpa ilmiah dan hanya terikut-ikut rentak orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya. Saya tidak meletakkan contoh di sini, memadai dengan tajuk di atas.
Sekiranya terdapat laman web yang menghina para sahabat r.a, dan para ulama lainnya seharusnya dielakkan dan jangan mengambil apa-apa sumber yang terdapat dalam laman web tersebut, kerana mereka tidak lain hanya mengikut nafsu semata dan taksub malah mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang mengandungi unsur-unsur fitnah kepada para ulama, pemimpin atau mana-mana individu. Larangan ini jelas di dalam al-Quran dan hadis;
" ......kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar." [Surah An-Nuur [24] : 15]
Hadis : Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh)." [0082] Sahih Muslim
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya (tidak diketahui latarbelakangnya)." [Surah Al-Qalam [68] : 10-13]
PENUTUP
Tidaklah risalah ini bertujuan menghina mana-mana usaha dakwah dari laman-laman web yang ada, ia sekadar salah satu cara untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta-tuli apa yang ditulis oleh orang-orang yang sengaja memperlekehkan Islam ataupun orang yang tidak sengaja (kerana jahil).
"Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati." [Surah Faathir [35] : 38]
Moga risalah ini dapat dipanjangkan kepada para sahabat-sahabat yang lain dan semoga Allah yang Maha Agung menghindarkan kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." [Surah Ali 'Imran [3] : 104]
Rujukan :
Al-Quran dan terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Abbas
Kitab Hadis-Hadis Sahih dan Al-Jamiush Shaghir
Manahij Al-Muhaddithin [Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir]
The History Of Quranic Text [Prof. M.M Al-A'zami]
Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah – Cetakan kedua 1996 [Dr. Yusuf al-Qaradawi]

Sunday, May 8, 2011

BuKaN SeMua MeNDe KaT DuNia Ni PeRLu DiCeRiTa KaT oRaNg

sebenarnya,. aku sgt pelik dgn dunia sekarang,. abih sume mende nk dicerita kat orang,. mnde yg xpatot pon dicerita.. tp kadangkala, apa yg patot xnak pulak dicerita,. contohnya, ILMU. ilmu itu wajib dipelajari, amal, dan sampaikan,.. sabda Rasulullah S.A.W.

بلغ عني ولو آية
"sampaikanlah daripadaku walau satu ayat"

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan denga nnya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai)dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

ketahuilah, ilmu yang kita ada tidaklah banyak melainkan tidak sampai setitispun dari lautan ilmu Allah,. dan segala ilmu yg kita ada tidak lain melainkan pemberian dari Allah,.

oke, dlm bab lain,. zaman skrg ni ramai yang bercerita apa yg xperlu. ade kalanya yang xde faedah pon,. sbgai contoh, di faceb0ok. adakah perlu sekiranya sesuatu berlaku pada kita dan kita bercerita kepada orang lain dengan mmbuat sttus camnih,. "apa masalah kau hah!!! g cari bopren sendiri la!. menyibuk kat bopren org lain lak!!".. " amik kau!! dah kena remove!! tu lah, nak sangat,. ingat kau bagus sangat ke???".. dan lain2 situasi. 


 persoalannya, adakah org yg dituju bace sttus trsebut? nampak sangat nk bgtau org,.. dan dalam sedar xsedar, keadaan boleh membawa kearah mengumpat, membuka aib, dan sebagainya..

dalam bab lain pula, pada diri kita, pelbagai perkara yg berlaku dalam kehidupan hari demi hari. namun tidaklah pula semuanya perlu dicerita kat orang,. kelebihan kita, kekurangan kita. apalah yang perlu dibanggakan sgt dengan kelebihan yg kita ada? usah terlalu eksyen dengan kelebihan yg ada,. sesungguhnya ramai lagi yg lebih bgus drpd itu,. dan tidaklah pula mereka menunjuk2. biarlah org mahu bercerita apa,. mulut mereka,. biarlah org mahu fikir apa, kita xdapat nk halang..

2 perkara yang kita patut ingat dan 2 perkara juga yang kita patut lupakan.  yg kita perlu ingat adalah kebaikan orang pada kita dan keburukan kita kepada orang. yang perlu kita lupakan adalah kebaikan kita pada orang dan keburukan orang pada kita,.. kita patut lupakan 2 perkara tadi,. namun kita pada akhir zaman ini, tidaklah melupakannya, malah mengungkit dan bercerita kepada org lain,. sedangkan ia membawa kepada mengumpat, riak, ujub, takabbur, sum'ah,. dan lain2..

banyak lagi yang lain boleh dijadikan contoh, tapi kekangan masa mencemburui aku untuk menaip dengan lebih lama lagi. heh. kesimpulannya, sendiri masing2 dah boleh pikir da,. masing2 ade otak,. boleh pikir ape yang patot, ape yang  x patot, ape yg perlu, ape yg x perlu,. insyaAllah, amal dan sampaikan...

Sunday, May 1, 2011

SaBo Je LaH..

sabar,. mudah dilafaz, sukar diamal,. selalu nya, dalam kebanyakan kes, sabar adalah perkara paling penting,. dan ianya bukan sekadar di mulut, tetapi juga dari lubuk hati yang dalam,..

kerana tiadanya sabar... seseorang itu boleh dimarahi dan dikeji,.
kerana tiadanya sabar... pergaduhan akan berlaku,.
kerana tidak sabar... macam2 lagi kemungkinan boleh berlaku,.
dan paling teruk lagi, kerana tiada kesabaran, seseorang mungkin akan terbunuh,..

perkataan sabo menjadi begitu femes dalam kalangan rakyat malaysia kini,. ape2 kes, sabo je lah,. berikutan juga demam filem hantu kak limah yang setiap skripnya dihafal oleh rata2 penduduk malaysia. salah 1 skrip nye, ni la dy.. SABO JE LAH,..

tahukah anda, SABAR ini banyak kelebihannya,. disini dibawakan antara kelebihan sabar yg termaktub didalam Al-Quran,..

SUMBER KEJAYAAN
"Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (Surah Ali-Imran:200)

"Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti." (Surah Al-Anfaal:65)

GANJARAN BERGANDA
"Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang Yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu Yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang Yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini Luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka Dengan tidak terkira". (Surah Al-Zumar: 10)

MILIKI KEPIMPINAN DAN KEYAKINAN
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami". (Surah As-Sajdah :24)

GOLONGAN YANG BERSAMA-SAMA ALLAH
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar". (Surah Al-Baqarah: 153)

SALAH SATU CARA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar". (Surah Al-Baqarah: 153)

BEROLEH MAGHFIRAH
"Kecuali orang-orang Yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala Yang besar." (Surah Huud: 11)

DISUKAI ALLAH
"Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar". (surah Al-Anfal: 46)

DIPUJI OLEH ALLAH
"Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang Yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; Sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami Dengan ibadatnya)". (Surah Shaad: 44)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...