Tuesday, December 20, 2011

aPa YaNg PeRLu aDa uNTuK BeRHuJaH

hari ke hari.. kita dapat lihat, makin ramai yang bertelagah sesama sendiri. mengikut kemahuan, kehendak, dan kepentingan masing-masing. tidak kiralah dalam bidang apapun sama ada bidang agama, politik, dan sebagainya. namun apa yang dapat dilihat, ada kalanya, orang yang berhujah itu, bukanlah dari kalangan orang yang sepatutnya dan tidak berlandaskan keperluan yang ada bagi seorang yang berhujah.


tahukah kita, untuk berhujah, adalah perlu untuk kita pastikan dahulu bahawa kita berada di pihak yang benar. Setakat menjadi lalang yang pendiriannya terumbang ambing, hanya sekadar menjadi sang pemerhati, itu bukanlah tiket untuk mendakwa kita berada di pihak yang benar. dan ketahuilah, haram bagi kita, jika kita tahu sesuatu pihak itu salah, kita menyembunyikannya, kita menyokong pihak yang salah, dan menentang yang benar.

kita perlu sertakan ilmu yang mendalam bagi setiap apa yang kita hendak hujahkan. mana mungkin seseorang itu mampu berhujah jika tiada ilmu. tapi, ilmu itu biarlah mendalam. bukannya sekadar tahu sedikit dan terus digunakan untuk berhujah. dengan ini, hanya akan menjadi seorang insan yang hanya "menegakkan benang yang basah". perlunya kita arif dalam topik, subjek, dan bidang itu dahulu sebelum kita perbahaskan dengan orang lain.


selain itu, kajian menyeluruh perlulah kita lakukan. ini kerana, dengan hanya tahu sedikit dan tidak melakukan kajian terdahulunya, ini mendedahkan kita kepada pandangan yang terhad. boleh jadi dapatan kita itu hanya sesuatu yang tergantung dan tidak jelas. keputusan yang kita dapat itu membuatkan hujah kita lebih mudah untuk dipatahkan. tambahan lagi, kita perlu melakukan kajian bukan hanya dari pihak kita. buat kajian dari pihak lain, dan buat perbandingan. mungkin dengan ini, kita akan dapat lihat, mana yang betul, mana yang salah.

pandanglah secara menyeluruh. tidaklah hanya dari satu sudut pandangan sahaja. jangan kita hanya pandang pada satu perkara hinggakan kita kabur dengan perkara itu dan lupa pada hal lainnya. ini juga menyempitkan pemikiran dan hanya mengehadkan pengetahuan kita.

kita tidak sepatutnya lihat hanya kepada sebelah pihak. janganlah kita bersikap fanatik atau ta'sub. hasilnya, kita hanya nampak kesalahan pihak lain dan sehingga enggan mendengar pendapat orang lain meskipun pihak yang lain membawa bukti dan fakta yang kukuh untuk kebaikan bersama.

selain itu, kita hendaklah sertakan dalil dan sumber. dalil bermakna bukti. setiap kata-kata itu hendaklah berlandaskan laluan yang betul dan berdasarkan dalil, bukti yang tertentu. namun jangan pula kita lupa untuk memastikan kesahihan sumber yang ada. kerana sumber yang tidak boleh di percayai ada di mana-mana walaupun kita tidak menyangkakannya. sumber yang tidak sahih akan menjadikan kita lebih terdedah kepada kesilapan.

dan juga, kita hendaklah berlapang dada ketika berhujah. berhujah dengan hati terbuka dan mudah menimbang tara setiap dapatan dari pihak lain ketika berhujah. bersedialah untuk menerima kritikan dan nasihat. jangan hanya anggap bahawa kita sahaja yang betul. sedangkan manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan. adakalanya kita tersilap langkah. tikamana orang lain ingin menyedarkan kita, kita berkeras kepala pula. maka tetaplah kita dalam kejahilan. dan dengan ini, tiada gunalah kita berhujah jika hanya mahu pendirian dan pegangan kita sahaja yang betul dimata semua orang. 

tetapi jika kita hendak menegakkan agama Allah, Islam ini, perlulah kita berhujah dengan baik agar ianya memperlihatkan keindahan dan kebenaran Islam itu sendiri. jangan pula kerana tidak ada persediaan keperluan yang cukup seperti yang disenaraikan di atas, kita membawa fitnah kepada Islam.
perbezaan itu satu rahmat. raikannya dengan baik.. tidak perlulah kita bertelagah dan bergaduh antara satu sama lain. setiap orang tidak pasti sama pemikirannya dengan yang lain. semua itu anugerah dari Allah.


*aku bukanlah pembahas dari mana-mana peringkat
*dan aku juga dah muak tgok org bertaki sana sini

Thursday, December 15, 2011

SeTiaP oRaNg aDe KeBaiKaN MaSiNg2

dunia ni mmg ramai penghuninya,.. dan tiap satu darinya punyai pelbagai sifat, ragam dan peribadi masing2,..

tapi apa yang nk di keutarakan kat sini, bukanlah binatang, tumbuhan, bakteria, jin, atau sebagainya,. tapi kita yang bergelar insan yang dikurniakan akal dan fikiran,. iaitu manusia itu sendiri.
manusia memang banyak ragamnya,. dimana sahaja,. walhal dalam keluarga kita sekalipun kita dapat lihat macam2 perangai,..

namun, kita semua tahu bukan? setiap org tidak terlepas dari melakukan kesilapan,. kita seringkali marah dan benci akan seseorang apabila mereka melakukan kesilapan,. sedangkan kita juga kadangkala ada juga tidak betulnya,. 

walau apa pun, kita perlu ingat.. sejahat mana pun seseorang itu, pasti padanya ada kebaikan tersendiri.. namun segala keburukan yg diperlihatkan hendaklah kita ambil iktibar dan jauhi.

jangan kita pandang seseorang hanya pada satu sudut sahaja. oleh kerana satu kesalahan dan keburukan, tertutup segala kebaikan yang ada padanya dimata kita. tidak perlulah begitu. kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2. dan bermaaf-maafanlah sesama kita..

وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Dan memberi maaf itu lebih dekat kpd takwa. (Al-Baqarah: 237)

Friday, December 9, 2011

PeNgeTaHuaN aM YaNg SeMua oRaNg PaTut TaHu

Pengetahuan AM..

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Tuesday, December 6, 2011

CiKGu TeRBaiK, TeRiStiMeWa, DaN TeRiNDaH


1. Cikgu yang terbaik dalam hidup - Pengalaman

Ini merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.

2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar

Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...