dunia ni mmg ramai penghuninya,.. dan tiap satu darinya punyai pelbagai sifat, ragam dan peribadi masing2,..
tapi apa yang nk di keutarakan kat sini, bukanlah binatang, tumbuhan, bakteria, jin, atau sebagainya,. tapi kita yang bergelar insan yang dikurniakan akal dan fikiran,. iaitu manusia itu sendiri.
manusia memang banyak ragamnya,. dimana sahaja,. walhal dalam keluarga kita sekalipun kita dapat lihat macam2 perangai,..
namun, kita semua tahu bukan? setiap org tidak terlepas dari melakukan kesilapan,. kita seringkali marah dan benci akan seseorang apabila mereka melakukan kesilapan,. sedangkan kita juga kadangkala ada juga tidak betulnya,.
walau apa pun, kita perlu ingat.. sejahat mana pun seseorang itu, pasti padanya ada kebaikan tersendiri.. namun segala keburukan yg diperlihatkan hendaklah kita ambil iktibar dan jauhi.
jangan kita pandang seseorang hanya pada satu sudut sahaja. oleh kerana satu kesalahan dan keburukan, tertutup segala kebaikan yang ada padanya dimata kita. tidak perlulah begitu. kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2. dan bermaaf-maafanlah sesama kita..
وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Dan memberi maaf itu lebih dekat kpd takwa. (Al-Baqarah: 237)
No comments:
Post a Comment
haaaaaaaaah,. komen la ape lg