Tuesday, April 23, 2013

Beriman Dengan Taqdir Allah

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ  
ÇËÈ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيراً
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (Al-Furqan:2)

Setiap orang pastinya menginginkan sebuah perjalanan yang lancar tidak kira dalam apa sahaja situasi yg dialami dan mendatang. Kita sebagai manusia sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu taqdir Allah SWT.

Dan sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri. ada hikmah yang terselindung disebaliknya dan pastinya perancangan Allah itu jauh lebih baik daripada perancangan manusia dan sekalian makhluk.

Kita diperintahkan utk beriman dgn taqdir dan beribadah kepada Allah sesuai dgn taqdir yg menimpa kita.

1. Jika kita ditaqdirkan ditimpa musibah/ ujian, kita diperintahkan utk bersabar, redha dan syukur.

2. Jika kita ditaqdirkan jatuh ke dalam kemaksiatan/dosa, kita diperintahkan utk bertaubat.

3. Jika kita ditaqdirkan mendapat nikmat, kita diperintahkan utk bersyukur.


Kesemua taqdir - sama ada baik atau buruk di sisi kita - adalah datang dari Allah ta'ala, dan perbuatan Allah mentaqdirkan perkara tersebut adalah baik, kerana perbuatan Allah itu kesemuanya baik. Allah suci dari perbuatan-perbuatan buruk. Manusia mungkin tidak mengetahui hikmah di sebalik taqdir Allah ketika Allah menimpakan taqdir itu kepadanya, namun Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik apa yg ditaqdirkan yg mana hikmah itu berupa kebaikan.

Oleh itu, ketika kita ditaqdirkan dgn sesuatu, ingatlah bahawa taqdir itu adalah datang dari Allah, dan bersikaplah dgn sikap yg diperintahkan oleh Allah. Semoga taqdir itu mendekatkan kita lagi kpd Allah ta'ala.



*Faedah dari :

- Syarh al-Aqidah al-Wasitiyah (Ibn al-Utsaimin)
- al-Fawaid (Ibn al-Qayyim)
- Usulus Sunnah (al-Humaidi)
- dll kitab aqidah Ahlus Sunnah



# berbangga dgn seorg sahabat yg bgitu mnyerlah dan bjaya dlm bidang dkwah. bgaimana kita? refleksi

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...