Sunday, October 24, 2010

MuKJiZat

Apa itu mukjizat???
mukjizat berasal dari perkataan arab  َعَجَز yang bermaksud melemahkan,.. dari segi bahasa nye la,.. dari segi istilah, mukjizat ditakrifkan sebagai suatu perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada seseorang rasul sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa oleh mereka kepada umat manusia,..

Jenis mukjizat?
mukjizat boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu:

  • mukjizat hissi iaitu mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera contohnya seperti tongkat nabi Musa a.s. menjadi ular,..
  • mukjizat maknawi iaitu mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda dan ketajaman akal fikiran,.. contohnya seperti mukjizat AlQuran yang mana kemukjizatannya terletak pada isi kandungannya yang dapat difahami oleh akal fikiran,..
AlQuran - mukjizat yang kekal ke akhir zaman

Perkara luar biasa yang berbeza dengan mukjizat,..
  • Karamah (كرامة) iaitu perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia yang tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t.
  • Ma'unah (معونة) iaitu pertolongan Allah s.w.t. kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka daripada bencana atau malapetaka,..
  • Sihir iaitu perkara luar biasa yang boleh dipelajari oleh seseorang dengan bantuan kuasa jahat seperti jin dan iblis,..
  • Irhas (ارهاص) iaitu perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi sebelum menjadi rasul,..
  • Istidraj (استدلاج) iaitu perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang derhaka dan tidak taat kepada Allah untuk menyesatkannya lagi,..
  • Ilham iaitu idea yang diperoleh oleh seseorang sama ada secara spontan, melalui mimpi, ataupun melalui proses pemikiran,..
  • Silap mata iaitu suatu tipu muslihat yang dilakukan oleh seseorang menggunakan kepantasan tangan ataupun taktik,..
InsyaAllah ada manfaat,..

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...