Sunday, October 24, 2010

PeRKaRa2 YaNg MeRoSaKKaN iBaDat

Berhati-hatilah,.. Setiap perkara itu ada penyakitnya,.. begitu juga dengan ibadah,.. antara perkara yang merosakkan ibadah :
  • Murtad iaitu keluar daripada agama Islam,..
  • Syirik iaitu perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad,.. Syirik terbahagi kepada 2 iaitu syirik jali (syirik jelas dan nyata) dan syirik khafi (syirik yang tersembunyi),..
  • Munafik iaitu mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya,..
  • Takbur iaitu membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan segala nikmat kurniaan Allah s.w.t. dan segala kebaikan yang dimiliki,..
  • Riak ialah menunjuk-nunjuk amalan atau menunjukkan kelebihan diri sendiri kepada orang lain untuk mendapat perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian,..
  • Ujub iaitu bangga diri atau kagum dengan amalan dan kelebihan sendiri, sombong dalam beribadah, dan memperlekehkan amalan orang lain,..
  • Sum'ah iaitu menceritakan atau melakukan sesuatu untuk diperdengarkan kepada orang lain untuk mendapatkan perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian,..
  • Mengungkit-ungkit iaitu membangkitkan kenangan peristiwa dan perbuatan baik yang lalu yang telah diberikan supaya jasanya diingati,..
  • Hasad dengki iaitu iri hati dengan nikmat yang diperolehi orang lain dan berusaha agar nikmat dan kelebihan itu hilang daripada orang yang mempunyainya dengan cara yang salah,..
~Solat merupakan ibadah yang paling agung~
InsyaAllah dapat ambil iktibar dan manfaat,..

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...