Saturday, April 30, 2011

KiSaH HaJaRuL aSWaD

Banjir besar yang melanda Kota Makkah menyebabkan Kaabah mengalami kerosakan teruk dan selepas banjir surut, tiada siapa berani meruntuhkan baki dinding yang tinggal bagi membinanya semula.Hanya Al-Walid bin Mughirah, ketua suku Makhzum yang berani melakukannya, seorang diri beliau meruntuhkan bahagian antara Hajarul Aswad dan Rukn Yamani. 

Keesokan harinya, selepas melihat tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Al-Walid, barulah kerja pembinaan semula dilakukan secara gotong royong dengan baik sekali.Bagaimanapun, berlaku pertikaian dalam menentukan siapa yang lebih berhak meletakkan Hajarul Aswad pada tempatnya hingga ada yang menghunus pedang, bersumpah untuk berjuang menuntut apa yang disangka sebagai hak mereka.Pertikaian berlarutan selama lima hari tanpa penyelesaian, perang antara puak seolah-olah akan meletus bila-bila masa saja tetapi akhirnya, Aba Umaiyah memberi cadangan penyelesaian kepada konflik itu.

Seperti dipersetujui semua pihak, siapa yang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa, orang itu akan menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah mereka.Keesokan paginya Nabi Muhammad orang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa dan dengan kebijaksanaannya Baginda meminta setiap wakil suku yang bertelagah bersama mengangkat Hajarul Aswad di atas sehelai kain.Apabila hampir dengan tempatnya, Baginda sendiri mengambil Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah dan tindakan itu dipersetujui semua pihak bertelagah.



Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

insyaAllah ada manfaat,..

2 comments:

  1. entah brapa byk dosaku yg terkumpul..
    moga beroleh keampunan drp Allah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah,. smoga kite sama2 mndapat husnul khatimah

    ReplyDelete

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...