Wednesday, June 22, 2011

BaRaNg YaNg DiPiNJaM HaRuSLaH DiPuLaNg

pernahkah anda menjalankan aktiviti meminjam??? mustahil bagi seseorang tidak meminjam,. apabila kita pinjam sesuatu,. kita seharusnya menjaga ia dengan baik,. sebab utamanya adalah kerana ia bukanlah milik kita,.. 

aktiviti meminjam ini, bukanlah hanya dari segi barangan sebenarnya,. tetapi ketahuilah,. diri kita, rakan2, haiwan, tumbuhan, dan dunia seisinya ini merupakan pinjaman daripada Allah,. sekalipun setiap gerakan dan hembusan nafas yang kita lakukan,. ianya hanya berlaku dengan izin Allah. tanpa Allah siapalah kita..

..,berikut antara adab2 meminjam barang orang,..
begitulah juga dalam kehidupan seharian kita,. setiap yang hidup pasti akan mati,. semuanya hanya pinjaman oleh Allah,.segala nikmat yang kita ada, nikmat sihat, nikmat kelapangan, dan nikmat2 yg lain yang sangat banyak kurniaan dari Allah,. hanyalah pinjaman yang sementara,. bila tiba masanya, pinjaman itu perlu dipulangkan.

manusia sering lupa dan bersyukur akan nikmat yang ada,. dan nikmat2 itu akan dikenang apabila ia hilang,. oleh itu,. kita seharusnya menggunakan dan memanfaatkan segala yang telah diberi pinjam kepada kita,. sama ada pinjaman daripada manusia lebih2 lagi pinjaman kurniaan Allah.

hargai apa yang ada dan masih ada,.. gunakan kearah kebaikan dan dengan cara yang diredhai oleh Allah. sebelum tiba masanya kita kembali pada yang Esa,. kerana segala yang ada pada diri kita ini adalah pinjaman,. INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UN... (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)... sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali,..


No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...