Tuesday, June 21, 2011

PaNDaNGaN ALLAH LeBiH PeNTiNg DaRiPaDa PaNDaNgaN MaNuSia

 kita semua tahu,. hidup kita di dunia ini hanyalah untuk Allah,. namun, kita sering mengabaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. bukan itu sahaja, kita sering mementingkan pandangan manusia lebih daripada pandangan Allah,.
kita sering mahu tampil megah disisi manusia dari pelbagai aspek seperti kekayaan harta,. kemewahan hidup,. kehebatan yang ada,. dan adik beradiknya yang lain... yang mana disisi Allah,. ia tidak penting pon,.. kita hanya nampak hebat pandangan manusia sahaja,.
apa yang sedih,. sesuatu yang diwajibkan oleh Allah diabaikan semata2 kerana pandangan manusia,. tidak mahu diperli atau pun dikutuk,. aurat contohnya,. kesempurnaan aurat yang dijaga semakin tidak terjaga hanya kerana takut kepada pandangan dan kata2 manusia. kita harus sedar,. pandangan Allah itu lebih penting daripada pandangan manusia,..
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata; 
“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”. 
Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula; 
“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”. 
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi; 
“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”. 
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata; 
“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”. 
Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya; 
“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang 
menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”

***apa yang kita buat,. biarlah apa yang orang nak kata,. kalau apa yang kita buat tu BETUL lah kan,..*** 
InsyaAllah ada manfaat,.. ambil iktibar, amal dan sampaikan

1 comment:

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...