Thursday, November 24, 2011

MeNCaRi iDeNtiti SeNDiRi

assalamualaikum..

 pasti ramai antara kita.. yg masih keliru dengan identiti sebenar kita dan masih mencari2 indentiti sebenar..
masa kecil, soalan yang kerap ditanya kepada kita, nanti nak jadi apa?, nanti nak jadi apa?. oleh itu, kita sentiasa memikirkan soal perjalanan hidup kita di dunia. perlu kita sedari, perjalanan yang sebenar bermula selepas kita mati. tidak dinafikan, keduniaan itu juga penting, kerana kehidupan di dunia menjamin kehidupan kita di akhirat. tapi jika kita sujud kepada akhirat, nescaya dunia akan sujud kepada kita. 

kita mungkin sedar, tetapi masih dikhayalkan dalam dengan mimpi dunia. dunia ini tidak lain hanyalah mimpi yang memperdaya. namun ingatlah. tujuan sebenar kita dihidupkan di dunia xlain hanya untuk beribadah kepada Allah. juga sebagai khalifah di dunia sementara ini. janganlah kita terlalu leka diulit keduniaan hingga terlupa akan tujuan utama kita dicipta

firman Allah
(adz-dzariyat: 56)

tambahan lagi, hidup kita hendaklah berpaksikan alQuran dan Assunah. dengan menjadikan Rasulullah sebagai teladan utama, kita seharusnya mengamalkan cara hidup Rasulullah. amalkan segala sunnahnya

sabda Rasulullah S.A.W.
ترَكْتُ فِيْـكُمْ أمْرَيْنِ لن تَضِلُّوا ما تَمَسَّـكْتُمْ بِهما: كتابَ الله وسنةَ رسولهِ
Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis sahih lighairihi, riwayat Malik, al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nasr, Ibn Hazm. Disahihkan oleh Syeikh Salim al-Hilali dalam Ta’zim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm.12-13.)

jika diikutkan hati, segalanya atas dunia ini mahu kita cuba. diiringi bisikan syaitan dan nafsu, yang haram juga tidak lari dari kehendak.
hanya muslim yang sedar punyai matlamat yang jelas, tahu cara Islam adalah gaya hidup sebenar yang akan menyelamatkannya di dunia dan akhirat. tidak salah kita mencari identiti sendiri mengikut personaliti masing2. tapi janganlah terkeluar dari landasan ajaran Islam.

semoga sentiasa diberi kekuatan untuk kearah yang lebih baik

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...