Monday, November 14, 2011

iKtiBaR DaRi PeNSeL

anda pernah menggunakan pensel? pastinya anda pernah bukan? dari kecik kita dok guna pensel start belajar ABC sampai la ke tua. namun sedarkah kita, terdapat banyak iktibar yang boleh kita ambil dari sebatang pensel itu sendiri. sama ada kita sedar atau tidak.

pertama, pensel mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup. jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya untuk menulis bukan?. maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidup kita iaitu Allah S.W.T. Dia selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya dan izin-Nya.

kedua, semasa menulis, pensel kerap menjadi tumpul. kemudian, kita terpaksa mengasahnya. pensel itu pastinya derita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus hasil tulisannya. begitu juga akan berlaku dalam hidup kita hari ke hari. kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia akan menjadi baja atau sebab untuk diri kita menjadi lebih baik.

ketiga, pensel juga pasti ada kalanya menghasilkan tulisan yang salah. namun kita boleh memadamkan dan betulkan segala kesalahan itu semula. begitulah yang berlaku dalam hidup kita. kita perlu sentiasa memperbaiki kesalahan dalam hidup. ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kerana ia menjadikan kita sentiasa berada di jalan yang benar.

keempat, kita tahu bukan? yang mana satu lebih penting, luar atau isi pensel? sudah tentu karbon di dalamnya. oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kita dan hindarilah ia. hiasi dan kuatkanlah dengan peribadi pekerti mulia, beserta akhlak yang terpuji sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

kelima, pensel selalunya akan meninggalkan tanda atau gores. tanda, coretan atau goresan yang cantik mahupun buruk. begitu juga kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri sendiri ataupun orang lain. sama ada ianya kesan yang baik mahupun buruk. oleh itu, kita hendaklah selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak..

sedarkah kita? banyak lagi iktibar lain yang dapat kita ambil selain yang telah di list kan. bukan sahaja dari pensel, tetapi segala dari segenap sudut pandangan kita juga boleh. seharusnya kita menggunakan sepenuhnya segala yang ada di sekeliling kita kearah kebaikan..

insyaAllah ada manfaat

3 comments:

  1. ya ALLAH.. x t'pikir plak aq sapai mcam ni..btw syukran ats p'kongsian :)

    ReplyDelete
  2. 1st time dgr, so that deserve dpt komen. gud2 :)

    ReplyDelete

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...