Tuesday, November 30, 2010

iLMu VS HaRTa

Rasulullah telah bersabda: 'Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya'
Diriwayatkan sekumpulan orang kaum Khawarij dengan sedikit rasa hasad telah pergi menemui Ali r.a bagi tujuan untuk menguji kehebatan ilmunya. Mereka berkata: "kita uji Ali dengan satu soalan, jika Ali memberi jawapan yang sama maka Ali tidak seorang yang hebat ilmunya. Kalau Ali memberikan jawapan yang berlainan maka sahlah Ali itu seorang yang alim seperti yang dikatakan Rasulllah saw."

#Maka mereka berpakat pergi menemui Ali seorang demi seorang dengan bertanya : "Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dan harta?"
Ali r.a berkata : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Orang yang pertama berkata : "Atas dalil apakah kamu berkata begitu wahai Ali?"
Kata Ali r.a : "Wahai saudaraku, ilmu itu warisan para nabi dan harta itu pula warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain."

#Kemudian datang pula orang yang kedua dan berkata: "Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dan harta?"
Jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Berkata orang yang kedua : "Atas dalil apakah kamu berkata demikian?"
Ali r.a berkata : "Wahai saudara, ilmu itu sebenarnya menjaga kamu sedang harta itu pula kamu yang menjaganya"

#Datang pula yang ketiga : "Wahai Ali diantara ilmu dan harta manakah lebih baik?"
Jawab Ali : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka berkata yang ketiga : "Wahai Ali katakan padaku atas dalil manakah kamu berkata demikian?"
Jawab Ali r.a :"Wahai saudaraku, sebenarnya orang yang memiliki harta mempunyai banyak musuh,sedang orang yang memiliki ilmu akan mempunyai banyak sahabat."

#Datang pula yang keempat bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang keempat apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a : "Wahai saudaraku, harta itu bila dibelanjakan ianya akan berkurangan sedang ilmu pula kalau kamu amalkan ianya akan bertambah."

#Datang pula yang kelima bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang kelima apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a : "Wahai saudaraku, pemilik harta biasa dikenali dengan panggilan si kedekut dan hina. Tetapi pemilik ilmu akan dihormati dan disegani."


#Datang pula yang keenam bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta"
Maka bertanya juga yang keenam apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a : "Wahai saudaraku, ilmu itu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, sedangkan harta menarik perhatian pencuri, mudah dicuri, dan lenyap".

#Datang pula yang ketujuh bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang keenam apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a : "Wahai saudaraku, harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan ilmu akan memberi syafaat pada hari kiamat."

#Datang pula yang kelapan bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang ketujuh apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a : "Wahai saudaraku, harta itu semakin lama dibiarkan maka ia akan semakin usang, ilmu itu pula sama sekali tidak akan lapuk dan usang. Ilmu itu tidak binasa dimakan masa"

#Datang pula yang kesembilan bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang kelapan apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a : "Wahai saudaraku, harta itu boleh menjadikan hati seseorang itu keras, sedang ilmu pula dapat menerangi hati seseorang."

#Datang pula yang kesepuluh bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a : "Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang kesembilan apakah dalil Ali berkata demikian. 
Jawab Ali r.a : "Wahai saudaraku, ilmu mendorong seseorang itu untuk mencintai Allah, sedangkan harta dapat membangkitkan rasa sombong, bongkak, dan takbur.


Selesai mendengarkan jawapan khalifah yang begitu cemerlang, kesepuluh orang kaum Khawarij itu kembali kepada kaumnya dengan rasa puas, dan bertambah yakin bahawa khalifah Ali sebagai pintu gerbangnya ilmu.
cintailah ilmu

Sunday, November 28, 2010

PeNeRBaNgaN TeRaKHiR

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
~tempat berlepas : kehidupan dunia
~tempoh perjalanan : cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
~destinasi : akhirat
~masa berlepas : ketika didatangi malaikat
~masa hadir : ketika dan selepas nyawa nyawa bercerai dari jasad
~bentuk tempahan : tetap, pasti, dan tidak berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para Ulama' dan cendekiawan.

BARANG MUATAN YANG DIBENARKAN
*5 meter kain kafan putih
*Kapas putih yang secukupnya
*Muatan lain yang dipertimbangkan :
     ~Amal soleh
     ~Sedekah jariah
     ~Anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
     ~Ilmu yang bermanfaat

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
*Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia untuk berlepas bila-bila masa yang ditentukan jika tidak mahu sebarang kesusahan

DIULANG
*Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi :
Ertinya : "Barangsiapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu",..

Wednesday, November 17, 2010

KHuSYuK SoLat

Cara memperolehi khusyuk solat menurut Imam al-Ghazali:

Menurut Imam al-Ghazali, untuk melahirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;

1) Hudhur al-Qalbi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

2) at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

3) at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.

4) al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.

5) ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.

6) al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

Thursday, November 11, 2010

KeRaNa Dia LeLaKi

Kerana Dia Lelaki
wanita adalah senjata ampuhnya
peruntuh tembok nafsunya

Kerana Dia Lelaki 
Kelunakan suara wanita luar biasa
mampu menggoncang imannya 

Kerana Dia Lelaki
Gerak geri wanita yang manja
Racun berbisa untuknya

Kerana Dia Lelaki
Santun budi wanita perhatian utama
namun batasnya perlu ada

Dan..
Kerana Dia Lelaki
egonya tinggi,
fahamilah,
ada saatnya perlu demi kehormatan dirinya,
ada saatnya tersalah tempatnya tapi ingatlah,
dia juga manusia.

Kerana Dia Lelaki 
akal logiknya mengawal perasaan,
fahamilah,
sifatnya perlu untuk memimpin,
maka ada saatnya,
emosinya sukar ditafsir wanita.

Kerana Dia Lelaki
masalahnya sering terpendam,
tiada diluahkan,
fahamilah,
dia mahu menyelesaikan sendiri,
berikan ruang dan masa untuknya,
setelah beberapa ketika,
bantulah dia.

Kerana Dia Lelaki
dia seorang manusia,
maka fahamilah,
bukan mudah mencari insan kamil,
seperti Rasul tercinta,
setidak-tidaknya dia mengikut jejak Rasulnya,
sekurang-kurangnya dia telah berusaha.

Tuesday, November 9, 2010

MuHaSaBaH SoLat KiTa.. golongan manakah kita?


Mari kita semak solat fardhu kita. Yang mana satu agaknya kategori kita berada. Selamat bermuhasabah.. Sekiranya banyak jawapannya YA, kita seharusnya ingat bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara dan kita tidak tahu bilakah ajal kita.. mungkin hari ini? mungkin esok? xde siapa pun yg tahu..

1. Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh,..
2. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sebelum dan sesudah solat,..
3. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki),..
4. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sunat sebelum ataupun sesudah lima waktu,..
5. Solat cukup lima waktu tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat yang dah lewat),..
6. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu isyak,..
7. Solat cukup lima waktu tetapi kurang menjaga kekhusyukannya, sedar-sedar dah bagi salam,..
8. Solat lima waktu tetapi selalunya solat subuh diqada'kan masa solat zohor,..
9. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qada' bila dah sihat,..
10. Solat lima waktu tetapi apabila bermusafir sahaja, solat ditinggalkan dan di qada' kemudiannya,..
11. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh di qada' (xbgun le tu),..
12. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak, tinggal,..
13. Solat tak cukup lima waktu tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan,..
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja,..
15. Solat bila ada masalah sahaja,..
16. Solat bila orang sekeliling solat, kalau x, buat x tahu je,..
17. Solat sebulan sekali,..
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya Aidilfitri,..
19. Solat seumur hidup sekali je, itu pun disolatkan oleh orang bila dah meninggal,..
20. Tak pernah solat langsung. sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardhu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoal Allah S.W.T. adalah solat. jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. jika tidak, maka gagallah amalan-amalan yang lain.

Tiada gunanya amalan-amalan puasa, zakat, haji, dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Adakah kita sanggup menerima .. risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang-orang yang meninggalkan solat??

Solat fardhu wajib ditunaikan bagi setiap muslim yang waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan sekalipun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan sakit teruk pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita,..
insyaAllah ada manfaat, amal dan sampaikan

aWaS!! SeRaNgaN SYaiTaN!

KITA DISERANG SYAITAN MELALUI 10 PINTU


BURUK SANGKA.. 
perlulah kita hadapinya dengan memberi kepercayaan dan sentiasa husnuzon (حسن الظن) iaitu bersangka baik,..



CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN.. 
hadapinya dengan rasa takut kepada mati dan kedatangan maut yang tidak diketahui bila masanya,..



CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN.. 
hadapi dengan sentiasa bahawa nikmat itu hanyalah pinjaman dari ALLAH,..



KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI.. 
hadapi dengan sentiasa mensyukuri segala nikmat pemberian ALLAH dan sentiasa ingat bahawa tidak ada suatu perkara pun yang berlaku melainkan dengan izin ALLAH,..



MEMANDANG RENDAH ORANG LAIN..
 hadapi dengan mengetahui hak kehormatan mereka,..



HASAD DENGKI.. 
hadapi dengan bersifat qana'ah iaitu sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan ALLAH,..



RIAK.. 
hadapi dengan bersifat ikhlas dan tawaduk,..



BAKHIL.. 
hadapi dengan meyakini setiap yang ada ditangan makhluk itu hanya sementara dan akan binasa,..



TAKABBUR.. 
hadapi dengan bersifat tawaduk dan sentiasa rendah diri,..



TAMAK.. 
hadapi dengan sentiasa berpada dan bersyukur dengan apa yang ada,..


hm,..
insyaAllah ada manfaat,..
ambil iktibar, amal dan sampaikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...