Sunday, November 28, 2010

PeNeRBaNgaN TeRaKHiR

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
~tempat berlepas : kehidupan dunia
~tempoh perjalanan : cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
~destinasi : akhirat
~masa berlepas : ketika didatangi malaikat
~masa hadir : ketika dan selepas nyawa nyawa bercerai dari jasad
~bentuk tempahan : tetap, pasti, dan tidak berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para Ulama' dan cendekiawan.

BARANG MUATAN YANG DIBENARKAN
*5 meter kain kafan putih
*Kapas putih yang secukupnya
*Muatan lain yang dipertimbangkan :
     ~Amal soleh
     ~Sedekah jariah
     ~Anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
     ~Ilmu yang bermanfaat

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
*Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia untuk berlepas bila-bila masa yang ditentukan jika tidak mahu sebarang kesusahan

DIULANG
*Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi :
Ertinya : "Barangsiapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu",..

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...