Tuesday, November 9, 2010

MuHaSaBaH SoLat KiTa.. golongan manakah kita?


Mari kita semak solat fardhu kita. Yang mana satu agaknya kategori kita berada. Selamat bermuhasabah.. Sekiranya banyak jawapannya YA, kita seharusnya ingat bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara dan kita tidak tahu bilakah ajal kita.. mungkin hari ini? mungkin esok? xde siapa pun yg tahu..

1. Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh,..
2. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sebelum dan sesudah solat,..
3. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki),..
4. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sunat sebelum ataupun sesudah lima waktu,..
5. Solat cukup lima waktu tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat yang dah lewat),..
6. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu isyak,..
7. Solat cukup lima waktu tetapi kurang menjaga kekhusyukannya, sedar-sedar dah bagi salam,..
8. Solat lima waktu tetapi selalunya solat subuh diqada'kan masa solat zohor,..
9. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qada' bila dah sihat,..
10. Solat lima waktu tetapi apabila bermusafir sahaja, solat ditinggalkan dan di qada' kemudiannya,..
11. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh di qada' (xbgun le tu),..
12. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak, tinggal,..
13. Solat tak cukup lima waktu tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan,..
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja,..
15. Solat bila ada masalah sahaja,..
16. Solat bila orang sekeliling solat, kalau x, buat x tahu je,..
17. Solat sebulan sekali,..
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya Aidilfitri,..
19. Solat seumur hidup sekali je, itu pun disolatkan oleh orang bila dah meninggal,..
20. Tak pernah solat langsung. sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardhu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoal Allah S.W.T. adalah solat. jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. jika tidak, maka gagallah amalan-amalan yang lain.

Tiada gunanya amalan-amalan puasa, zakat, haji, dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Adakah kita sanggup menerima .. risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang-orang yang meninggalkan solat??

Solat fardhu wajib ditunaikan bagi setiap muslim yang waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan sekalipun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan sakit teruk pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita,..
insyaAllah ada manfaat, amal dan sampaikan

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...