Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..
Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..
Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..
Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..
Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..
Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..
.............
....
.........
dan pelbagai lagi situasi yang lain,. kita sering disalah ertikan oleh orang lain,.
cinta dunia adalah 'kepala' (punca) segala kerosakan..
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. namun apa boleh buat..
apa yang kita perlu lakukan adalah mengutamakan pandangan Allah SWT.. bukan pandangan manusia.. kita tidak hidup kerana pujian dan tidaklah mati kerana kejian,. bukan pandangan dan kata2 manusia yang patut kita cari,. sesungguhnya apa yang di redhai Allah itu yang terbaik,.