Showing posts with label DaKWaH. Show all posts
Showing posts with label DaKWaH. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

JaNGaN TeRLaLu MeMPeRTiKaiKaN DaKWaH oRaNg LaiN


akhir-akhir ini.. apa yang dapat kita lihat, bidang dakwah semakin rancak. Alhamdulillah. tapi tidak kurang juga dengan perkara2 yang lagha dan melalaikan seprti filem2, rancangan2 televisyen, dan pelbagai lagi perkara hiburan lain.

Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. apa yang dapat kita lihat, dakwah2 kini disampaikan melalui pelbagai teknik dan cara seprti lukisan, nyanyian, tulisan, video, dan sebagainya.. namun, ada yang pertikaikan akan dakwah2 mereka itu.. mengapa perkara sebegini berlaku?

seperti yang kita ketahui, Rasulullah adalah role model yang perlu kita contohi dalam segenap aspek kehidupan. begitu juga dengan dakwah. janganlah kita menyempitkan fikiran kita, mempertikaikan mereka2 yang berdakwah mengikut acuan lain dan tidak seperti cara yang digunakan Rasulullah. namun, perlu juga untuk kita ketahui, cara Rasulullah adalah cara terbaik. tetapi tidaklah cara lain itu tidak mendatangkan manfaat.

antara strategi dan cara dakwah yang popular adalah nyanyian. namun ada yang mengatakan, "alah, apa guna nyanyi.. xkisah la lagu nasyid, ketuhanan ke ape ke, same je.. kalau cara nasyid, dengan menyanyi tu berkesan, dah lama Rasulullah buat". oh, kata jangan sebarang kata. nak mengharapkan kita? ada kita dakwah orang lain? jika hendak dakwah muslim kearah yang lebih baik pun tidak, inikan pula dakwah bagi yang bukan muslim..

tidak sedarkah kita, dengan alunan lagu ketuhanan seperti nasyid itulah banyaknya menyebarkan info2 tentang Islam kepada mereka yang bukan Islam. ilmu2 agama juga dapat disampaikan selain mengajak kearah ma'ruf dan meninggalkan yang mungkar.

tidak kurang juga yang mempertikaikan mereka yang berdakwah melalui penulisan.. ada yang berkata "alah, tulis/taip mnde2 agama, mnde2 baik konon, perangai jahanam jugak. nak dakwah orang konon". dan kemudian mulalah dikatakan hipokrit dan sebagainya. segala usaha yang kita lakukan bermula dengan pemikiran sebenarnya.
kerana
FIKIRAN akan menjadi BUTIR-BUTIR PERKATAAN,..
KATA-KATA akan menjadi TINDAKAN,.. 
TINDAKAN akan menjadi KEBIASAAN,.. 
KEBIASAAN akan menjadi PERWATAKAN,.. 
PERWATAKAN akan menjadi TAKDIR KEHIDUPAN,.. 

jika kita sekat pemikiran kita dengan tanggapan negatif, maka tetaplah kita dalam kemunduran dan kejahilan. kita perlu paksa diri untuk berhijrah kearah lebih baik. tanpa hipokrit, kita xmampu untuk melakukan perubahan. jika kita tidak mahu berubah kearah yang lebih baik hanya kerana tidak mahu dilabel hipokrit, demikian tindakan kita hanya berlandaskan harapan dan angan2 sahaja.

dan apabila kita berjaya mengubah diri kita, barulah orang lain nampak kesannya dan secara tidak langsung mereka sedar, dengan penulisan itu, bukanlah dakwah kepada orang lain sahaja, malah lebih2 lagi kepada diri yakni penulis itu sendiri kearah yang lebih baik. kerana apabila kita menegur atau nasihat atau mengingatkan orang lain, bermakna kita juga telah melakukannya keatas diri kita sendiri.

selain itu, cara lain adalah dengan lukisan. hendak berjumpa dengan orang, hendak menegur orang lain, hendak mengajak kearah ma'ruf dan menjauhi yang munkar face to face.. mungkin sukar bagi kita. malah akan kita sertakan dengan beribu alasan seperti malu, risau, benci dalam hati je la, dan sebagainya. bagi lukisan pula, setidak2nya lukisan2 mereka itu menyampaikan ilmu2 agama seperti ayat2 alQuran, hadis, kata2 nasihat dan sebagainya. namun tidak kisah pula kita membaca komik2 hiburan dan sebagainya?? patutkah kita pertikaikan mereka sedangkan kita hanya berdiam diri dan hanya tumpu kepada amal ibadat masing2 tanpa mempedulikan orang lain? 

lagi satu cara yang femes, adalah dakwah melalui video. ada yang membuat filem pendek, video2 nasihat, dan sebagainya. perkara sebegini juga mendatangkan banyak manfaat kepada semua. ilmu agama dapat disebarkan, nasihat diberikan.. sedarkah kita, perbuatan mereka itu jauh lebih bermanfaat daripada mereka2 yang membuat  filem2 dan video2 yang mengarut seperti miming dan sebagainya. salahkah berdakwah menggunakan metod2 yang ada pada zaman kita yang serba canggih ini?

mengapa perlu pertikaikan dakwah orang lain sedangkan kita tidak mencegah yang mungkar?
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ 
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"
Hadis sahih riwayat Muslim

begitulah seterusnya dalam cara2 dakwah yang lain. pastinya ada manfaat yang terselit di sebalik dakwah itu. jangan terlalu pertikaikan dakwah orang lain tetapi muhasabah diri sendiri dahulu dalam aktiviti dakwah.. sama2 tanya dan muhasabah diri kita, apakah sumbangan kita dalam menyebarkan agama Allah ini?

adalah lebih baik kita mengajak orang2 diluar sana yang masih ramai belum mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah.. semoga Islam berkembang dengan lebih pesat lagi. kita tidak tahu, mungkin di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh orang2 lain mengapa tidak menegur, mengapa tidak membawa mereka mengenal Allah ketika di dunia dulu. pada waktu itu, barulah kita terfikir akan segala yang telah kita lakukan, juga segala sumbangan kita dalam usaha dakwah. sama2lah pertingkat usaha dakwah daripada hanya melihat dan lebih2 lagi pertikaikan dakwah orang lain. *kita kena bijak dalam berdakwah

tetapi seandainya apa yang kita lihat, cara mereka berdakwah itu salah atau bakal menimbulkan kekeliruan, salah tafsir, dan sebagainya pada pandangan kita, sedangkan kita lebih tahu, wajarlah kita menegur agar mereka dapat melakukan pembetulan dan pembaharuan. jangan pula kita berdiam diri dan membiarkan orang lain dalam kesalahan dan kesesatan. insyaAllah.

Thursday, October 13, 2011

LaGi Mau BeRBuat MuNgKaR?


Assalamualaikum,. agak lama sudah tidak membuat nukilan khas pada blog ini rasanya.

soalan ini ditujukan khas kepada diri sndiri dan yg sedang mmbaca. tepuk dada tanya hati. SEDIKITKAH DOSA KITA?

oh ya,. jangan pernah merasakan bahawa kita sikit melakukan dosa. sedangkan nabi yang ma'sum pun bertaubat banyak kali dalam sehari.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah! Saya meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kali." - Hadis Sahih Bukhari No. 1732

seharusnya.. dalam setiap perilaku kita, andai kita dibisikkan oleh nafsu atau syaitan untuk berbuat mungkar.. kita perlu ingat bahawasanya.. siapa kita untuk berbuat mungkar?

mahu berbuat dosa? boleh.. tapi seandainya kita penuhi syarat2 berikut:

1. jangan makan rezeki Allah. 
2. jangan tinggal dibumi Allah.
3. cari tempat sembunyi yang xdapat terlihat oleh Allah
4. "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut roh, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'
5. kalau nanti malaikat Zabaniyah datang nak mengiringi ke neraka bila kiamat nanti, jangan ikut bersamanya.

dan ketahuilah oleh kita segala yang tersebut adalah mustahil bagi kita.. juga menunjukkan kita langsung tidak layak dan tidak boleh berbuat dosa kepada Allah..

siapalah kita. kita hanya hamba-Nya yg lemah dan tidak mempunyai apa-apa.. kita harus sedar tujuan kita berada di dunia ini..

surah Adz –Dzariyat: 56

baca, fahami, hayati, dan ambillah iktibar dari dialog kartun dibawah..


kita ni sedut oksigen pon hanya dengan izin Allah,. lagi mahu berbuat mungkar? 

sama2 muhasabah diri

Saturday, August 13, 2011

StuDeNt Vs PRoF



Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.


*nota* : tahukah anda apa itu atheisme? Ateisme adalah sebuah pandangan filosofi yang tidak mempercayai adanya Tuhan.
p/s : dan ketahuilah oleh kita bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah,.. dan tiada agama lain disisi Allah melainkan Islam
(surah Ali-Imran :19)

sama2 ambil iktibar, amal dan sampaikan

Tuesday, August 9, 2011

KHaS KpD BuDaK SeKoLaH aGaMa : MeReKa KaTa.. TaPi KiTa..

Mereka kata...Kita ni pelajar Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu.
Mereka kata...Kita ni menjaga solat Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu.
Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita...Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak".
Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip. 
Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita? 
Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni ma'thurat dijadikan amalan harian Tapi Kita...tengok ma'thurat pon dah jarang. 
Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah Tapi Kita...Pekara yang wajib pun tak terjaga.
Mereka kata...Kita ni menutup aurat Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan.
Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu
Mereka kata...Zikir ni celah gigi kita je Tapi Kita...Entah ingat lagi entah x. 
Mereka kata...Kita ni menjaga batasan pergaulan Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan..
Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana..
Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’..
Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?
Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada Tapi Kita...Itu dulu.. mungkin?

Yang telah disebut mungkin sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa lebih menghayati agama dari kita yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam.

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..” Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 
Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri..

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan semua pelajar itu teruk,. namun sebahagiannya itu.. Mungin sebahagian kecil? mungkin sebahagian besar? Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan. Sama2 muhasabah diri kita

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”


Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di suasana SMK(A) satu ketika dahulu..

kita perlu ingat, bukan pandangan manusia yang lebih kita cari. pandangan Allah lebih utama. sujud kepada akhirat, nescaya dunia akan sujud kpd kita. janganlah kita abaikan segala yg telah kita pelajari dan amalkan sewaktu kita belajar dahulu.. kelak kita akan menyesal di kemudian hari..

Saturday, June 11, 2011

Doa,. BuKaN SuSaH Sgt RaSeNye

okeh, rasenye sume orang tau ape itu doa,. 
DOA. senang atau susah?
firman Allah..
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60)

okeh, rasenye sume orang akan kate, mende senang,. tp realitinya zaman sekarang, ianya sesuatu yg senang tapi berat untuk dilaksanakan. bukan payah pon,. tapi tu la,. kita lebih suka mencaci, memaki, mengarut, mencarut, dan adik-beradiknya yang lain.

apalah salahnya kiranya kita selalu berdoa, mendoakan diri kita, sahabat2, keluarga, guru2, dan muslimin muslimat yg lain? tidaklah kita rugi walau sedikit seandainya kita doakan yang lain,. malah lebih besar manfaatnya keatas kita. lagipun doa tidaklah memerlukan waktu dan tempat yang khusus,. 

hukum dunia, manusia sering berdoa atas kepentingan dunia.. kepentingan dunia lebih diutamakan berbanding kesejahteraan diakhirat kelak. kerana keindahan dunia yang bermain dimata kita sekarang. bukanlah berdoa kepentingan dunia itu tidak perlu, malah ianya penting kerana kehidupan dunia ini perlu kita jalani dan ia sebagai jambatan ke dunia akhirat. namun, jangan pula kita lupa untuk kepentingan dan kebaikan semasa dan setelah kita mati,.

ramai antara kita yang punyai jiran, rakan, classmate, cikgu, pensyarah, dan sebagainya yang bukanlah dari agama Islam. kita tahu, Islam agama Allah dan merupakan satu2nya agama yang benar,.. namun mengapa tidak kita doakan mereka agar dikurniakan hidayah? tidakkah kita terfikir apakah akan ditanya keatas kita kelak oleh sahabat2 kita yg non-muslim? mungkin kita akan dipersoalkn mengapa tidak mengajaknya kearah islam dan tidak berdakwah keatas mereka? kita nak dakwah x reti,. paling tidak pun, kita berdoa. doa juga merupakan tanda salah satu usaha kita. selain menunjukkan peribadi mulia akhlak seorang muslim.

bagi maksiat2 dan dosa2 serta kesalahan2 yang dilakukan oleh seseorang,. kita sering mencerca, mengeji apa yang xkena atas semua perkara yang xkena pada pandangan kita. tanpa kita sedar ianya boleh membawa kita kepada dosa seperti mengumpat dan sebagainya. tapi sedarkah kita, adalah lebih mulia jika kita doa,. pahala pon dapat. dan mungkin si pelaku mendapat kesedaran dan berubah.

kita tahu doa itu ibadah. namun kita sanggup habiskan masa untuk terus hanyut dengan keduniaan,.. lepas solat apalah salahnya berdoa sebentar. sekiranya urusan penting untuk dilakukan, tidak mengapalah. boleh berdoa diwaktu lain. tapi harus kita ingat, tanpa izin Allah yang menciptakan kita, sesuatu perkara pun tidak dapat kita lakukan,. walau sepenting mana urusan nya..
doa,.. mudah tetapi susah. itulah hukum dunia. berbuat baik memang mendapat tentangan hebat oleh syaitan2. berbuat dosa memang lah seronok. namun, apalah kiranya untuk kita luangkan sedikit masa yang dikurniakan keatas setiap insan, 24 jam sehari, yang dipenuhi hal keduniaan, kita luangkan masa untuk beribadah kepada Allah dan berdoa,.. 

dalam semua perkara Islam mensyariatkan untuk berdoa. tetapi jangan lah pula kita doakan keburukan keatas orang lain,. Rasulullah ajar kita berbuat baik sekalipun terhadap orang yang berbuat jahat kepada kita.
ingatlah, hanya kepada Allah sahajalah yang layak untuk kita memohon,.

insyaAllah ada manfaat,..

Friday, May 27, 2011

BuKaN SeMua GaMBa PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN


Assalamualaikum,. okeh, ini pesanan, nasihat, dan peringatan keras kepada semua blogger, pengguna facebo0k, laman2 sosial, dan semua pengguna internet.

Sebenarnya, dah lama diperhatikan,. kita kini semakin leka dengan duniawi dan dunia laman sosial,. terutamanya facebook. boleh dikatakan sebahagian besar daripada penduduk bumi ada facebo0k lah kan. heh. tapi, kita sepatutnya ingat, bukan sume gambar yang kita suka, perlu kita like atau share di facebo0k.
sebenarnya, kita dalam keadaan sedar ataupun tidak, kita sering melakukan dosa free,.. malah kadangkala ianya berpanjangan. apalah salah kiranya kita menggantikan semua itu kepada pahala. tmbahan pula pahala yg berpanjangan. sedarlah, dunia internet trutmanya blog, facebo0k, semua laman sosial tiada hari cuti operasi nya,.


memanglah dosa dan pahala itu urusan Allah, tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas segala perbuatan yang kita lakukan.. hanya ingin mengajak sama2 kita fikir. antaranya adalah seprti berikut :

1)) kalau diikutkan hati, sume gmbr yg kita suka, mesti kita nk like kan,. tp sedarkah kita, jika kita like gambar seorg wanita yg cantik tetapi tidak bertudung contohnya,. tidakkah kita seperti memberi sokongn trhadap pndedahan aurat wanita itu? tidakkah ia menyebabkan wanita itu berasa dirinya cantik jika berkeadaan demikian? lantas wanita itu terus berpenampilan seperti itu,. ((mengapa tidak kita menegur?))

2)) kalau kita upload atau share gamba yg terdedah auratnya xkisah la kat fb ke blog ke memane ke, sekalipun bukan gamba kita mahupun non-muslim. agak2 kita dapat saham dosa x? ((sedangkan kita perlu jaga aurat sekalipun dihadapan non-muslim)). kita dikira sebagai ejen pendedahan aurat trsebut.

3)) jika kita upload gamba kita xmnutup aurat, sedarkah kita semua itu terdedah kepada mata2 org lain setiap detik wlaupun tnpa pngetahuan kita? ketahuilah mata2 yg melihat itu akan menjadi saksi di akhirat kelak.

4)) andainya gambar yang diupload atau di share boleh menaikkan nafsu syahwat org lain yg melihat,. adakah saham kita sebagai tukang upload atau tukang share? ((sekalipun ianya gambar org lain))

5)) sedarkah kita, bahawa gambar2 yg kita upload atau share itu mungkin mengaibkan seseorang? ((walaupun gambar tersebut lawak, menarik, pelik atau apa2 dan ingin kita kongsi))

6)) sedarkah kita, gambar2 yg kita share atau upload mungkin mendatangkan fitnah?

7)) gambar org berbuat dosa terang2an, bergambar berpegangan tangan wlaupun belum bernikah contohnya. perlukah kita like? tidakkah kita seperti menunjukkan sokongn seandainya kita like gambar tersebut? . lebih2 pulak kalau kita sendiri yg berbuat demikian. ((sudahlah berbuat dosa, dipamer kat orang))

8)) like sahaja sudah menunjukkan sokongn kita, bagaimana pula jika kita komen yg indah2, kata2 semangat, dan pujian2 terhadap gamba2 berkaitn yg telah disebut diatas?? ((mengapa tidak kita menegur))

9)) cube bayangkan jika semua yg telah disebutkan diatas itu, kita bukan sahaja upload, kita tag org pulak,. tu satu hal, kalao ade yg share dari kite?

10)) bagaimana pula jika apa yang kita upload atau share itu, di copy, di download oleh insan lain. dan mereka pula upload pada blog ataupun fb mereka,.? jika kita fikirkan, tidakkah ia jadi sistem dosa berganda bile org lain share selepas tgok ape yg kite share tu?.

setakat ini sahaja nukilan kali ini, mungkin ada lagi,. tapi kita fikir2kanlah sendiri. tanggungjawab kita adalah menegur,. jika kita yg berbuat demikian,. sepatutnya kita elakkan la. bila2 sahaja kita boleh menemui ajal,. seandainya tidak sempat untuk kita mgambil tindakan sewajarnya, ingtlah, dunia internet tiada hari cuti... klao ade gmba kita trdedah auratnya, xkan nk biar dosa mengalir sentiasa kot. inilah antara hikmah penutupan aurat dan menjauhi tabarruj,.

apalah salahnya jika kita upload, like, komen, ataupun share gambar2 yg mmbawa manfaat. contohnya, gambar yg diedit dan ditulis hadis2 nabi contohnya,. kata2 nasihat ke,. ayat2 quran.. ucapan2 ke,. teguran2,.. kalau letak ayat Quran contohnya, kalau org lain yg membacanya? agak2 kita dpt saham x?

ingatlah,. Dunia Ni Hanya Persinggahan Yang Sementara. Kehidupan Di Dunia Menjamin Kehidupan Di Akhirat. Sediakanlah Bekalan Secukupnya. Sementara Masa Masih Ada.

cuba kita bayangkan,. apabila kita meninggal dunia nnt. siapakah yg akan memadam gmbr2 tersebut?? tepuk dada tnya hati. privasikan itu lebih baik. tetapi delete itu jauh lebih baik, kerana tahukah kita? hackers ada di mana2..

stkt ini shja. selain ambil iktibar, menegur diri sendiri dan org lain, juga menjadi tanggungjawab kita menyampaikan.. harap yg telah baca ni, dapat sampaikan kepada yg lain,.

nukilan Afiq Aiman Aznan,.
insyaAllah, ambil iktibar, amal, dan sampaikan,..

Tuesday, May 10, 2011

SuMBer iNTeRNeT


Peringatan kpd Blogger dan pengguna internet sekalian
untuk jaga kehidupan akhirat, bace jgn xbace,. pnjg sket je pon,..
terlajak perahu masih boleh diundur, dah mati xleh nak undur..

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." [Surah al-Baqarah, 2:255]
PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, minat terhadap ilmu agama semakin meluas di kalangan orang ramai baik di internet mahupun di luar internet. Di mana-mana sahaja orang mula berbicara tentang ilmu agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa akan datang, Islam akan menjadi gah semula dan tidak lagi diperkotak-katikkan. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Zaman ini, kita adalah perintis kepada kecemerlangan Islam akan datang. Maka perlulah kita memastikan ilmu agama yang dipelajari adalah benar-benar bersih dari kekotoran mereka yang tidak bertanggungjawab, baik dari orang bukan Islam, munafik dan dari orang Islam itu sendiri supaya generasi akan datang lebih berilmu dan hebat semangatnya sesuai dengan fitnah-fitnah yang bakal berlaku akhir zaman.
Internet mempunyai 'sumber ilmu yang tidak terbatas' dan pemantauan terhadapnya adalah hampir mustahil. Jadi seeloknya, perlu ada satu piawaian atau penapisan sebelum kita mengambil sumber-sumber dari internet ini. Malah boleh juga mengggunakan kaedah ini sebelum mengambil apa-apa ilmu agama dari sesiapa dan di mana sahaja.
Maksud 'sumber ilmu yang tidak terbatas' itu adalah; sesiapa sahaja boleh meletakkan atau menulis apa sahaja yang difikirkannya samada benar atau tidak, ataupun ilmiah atau jahil
Itulah tujuan risalah ini dan ia dikhususkan kepada pengambilan sumber agama, iaitu penapisan sesuatu pengajian seperti tafsir al-Quran, hadis, doa-doa, artikel-artikel dan lain-lain yang seumpamanya yang bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.
PERBINCANGAN
Umum mengetahui, sumber syariat Islam adalah dari al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun ijmak, qiyas dan ijtihad digunakan, namun ia tetap bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. Begitu juga sekiranya kita ingin mengambil sumber agama dari internet, ia hendaklah bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui ia dari sumber yang tulen?
01.Memastikan Sumber Itu Dari Akidah yang Benar
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat [49] : 6]
Tidak boleh kita mengambil sumber agama dari orang bukan Islam, kerana musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikan dan mencari-cari kesalahan agama Islam. Cara mengenalinya dengan melihat 'muqaddimah' laman web tersebut.
Pertama : Kami meletakkan (Surah al-Hajj [22]:78) menerangkan keimanan kepada para Nabi dan Rasul dan menyatakan keIslaman. Tetapi ini tidak mencukupi.
Kedua : Kami meletakkan asas ikutan kami adalah Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) dan membenarkan kerasulannya (Surah al-Ahzab [33]: 21).
Ketiga : Meletakkan hadis mutawatir, bahawa barangsiapa yang menipu menggunakan nama Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) diancam ke neraka.
Keempat : Kemudian kami meletakkan pengenalan diri dengan dimulakan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan mengakui tiada tuhan selain Allah, kerasulan Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) serta tidak mengingkari para sahabat radiyallahu anh (r.a).
Maka jika anda mahu berdakwah, menulis mengenai Islam atau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan agama melalui internet (blog dan sebagainya), hendaklah melengkapi sekurang-kurangnya perkara 'keempat' di atas. Iaitu, lafaz kalimah tauhid yang menerangkan akidah anda. Ini adalah perkara paling utama.
Antara laman web yang tidak dibenarkan mengambil sumbernya kerana bertentangan dengan akidah adalah;
Contoh 1 : Pengajian Sahih Muslim – Dilihat seperti ia menjelaskan mengenai hadis. Sebenarnya apa yang diperjelaskan melalui laman itu ternyata satu usaha menolak dan mempertikaikan sumber kitab hadis yang utama. Penjelasannya hanya berdasarkan kejahilan dan penolakan kepada kebenaran.
Contoh 2 : Jemaah al-Quran – Dilihat muka depan laman web ini seperti ia memperjuangkan agama Islam dan cuba membawa umat Islam kembali kepada al-Quran. Tetapi sayangnya, penafsirannya hanya mengikut logik akal semata-mata dan penuh dengan sangka-sangka.
Telah disepakati oleh para ulama bahawa hadis di dalam sahih Bukhari telah lengkap segala sanadnya dan diiktiraf kesahihannya secara ilmiah, bukan sangka-sangka. Begitu pula kitab-kitab hadis sahih yang ada sekarang telah lengkap pentahkikan dan pentakhrijannya.
Maka sesiapa yang menolak hadis sahih, sama seperti menolak para sahabat r.a. Menolak para sahabat sama seperti menolak Rasulullah s.a.w.. Menolak Rasulullah s.a.w. sama seperti menolak al-Quran. Menolak al-Quran sama seperti mengingkari Allah yang Maha Agung.
Orang-orang seperti ini diancam kekal di dalam neraka, sebagaimana dalam firman-Nya;
"Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan." [Surah An-Nisaa' [4] : 14]
Manakala, mereka yang taat pada Allah dan Rasul-nya, iaitu mengikuti apa yang disampaikan melalui al-Quran dan as-Sunnah;
"Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar". [Surah an-Nisaa' [4] : 13]
Ini adalah contoh laman web yang tidak meletakkan prinsip atau pegangannya atau akidahnya yang sebenar dan ternyata di dalamnya penuh kepura-puraan dan sangka-sangka. Ini terkecuali sekiranya laman web itu memang seorang yang dikenali atau mahsyur, seperti laman web Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Dr. Mohd Asri (Dr. Maza) dan lain-lainnya.
Namun kami berharap, langkah ini diikuti oleh semua pendakwah internet bagi membezakan antara satu sama lain (yang benar dan bathil) dan sebagai langkah berjaga-jaga serta pengambilan dari sumber yang salah dapat dikurangkan.
PERHATIAN : Ini bukanlah pendapat saya sewenang-wenangnya, sila lihat tafsir al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama dahulu dan sekarang. Sila baca 'muqaddimah' mereka. Semuanya bermula dengan ikrar tauhid selepas puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung.
Malah al-Quran sendiri dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang seterusnya penafian kepada kekuasaan lain kecuali, hanya Allah yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam semesta. (Rujuk Surah al-Fatihah [1] : 1-2).
02.Mengelakkan Mengambil Sumber Tanpa Rujukan
"Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar." [Surah An-Nuur [24] : 11]
a) Al-Quran
Setiap ayat Al-Quran hendaklah diletakkan nama surah, nombor surah dan ayat, supaya mudah untuk diperiksa kembali. Tidak boleh, hanya menulis ;
'Allah berfirman bahawa lelaki dan wanita mencuri hendaklah dipotong tangannya'.
Kesalahannya adalah tidak meletakkan rujukan surah tersebut. Sekiranya tidak diletakkan rujukan surah, boleh mendatangkan kekeliruan samada ia dari al-Quran atau hadis qudsi. Contoh hadis qudsi;
'...Allah Ta'ala berfirman, Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian....'
Kedua-duanya ditulis Allah berfirman, tetapi satu dari al-Quran dan satu lagi dari hadis. Ini boleh mengelirukan ramai orang. Jadi laman web yang terdapat tulisan sebegini mesti dielakkan.
b) Hadis
Setiap hadis yang dikeluarkan hendaklah, sekurang-kurangnya menulis status hadis tersebut samada sahih, hasan, daif, palsu dan sebagainya serta di manakah hadis itu diambil beserta periwayatannya. Contoh;
Contoh hadis 1 : Apabila kamu telah melihat bendera-bendera hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.
(MAUDU' Hadis PALSU, Riwayat Ahmad dan Hakim dari Tsauban) [0648] Al-Jamiush Shaghir [Terjemahannya dalam kitab Koleksi Hadis-Hadis Nabi edaran : Jahabersa Jilid 1 hadis ke 648]
Contoh hadis 2 : Dari Abu Bakar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Dajjal akan keluar dari belahan bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dia diikuti oleh beberapa kaum. Wajah mereka terlihat seolah seperti perisai yang menutupi." [2237] Sahih. At-Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah.
Sekiranya hanya ditulis, 'Nabi s.a.w. bersabda bahawa sabar itu separuh dari iman', tanpa meletakkan seperti contoh di atas, maka haram baginya mengambil, menggunakannya dan menyebarkannya. Malah perkataan 'sabar separuh dari iman' itu juga tidak diketahui asalnya, yang sahih adalah;
Di dalam Sahih Bukhari hadis bernombor 19 : Dari Salim bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malu itu separuh dari iman."
c) Artikel atau Tulisan lainnya
c.1. Tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Contoh; lihat artikel ini (RakanMasjid.com/ Sayyidah / Scribd). Di antaranya si penulis berkata,
'Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...'
Perkataan ini benar-benar bertentangan dengan akidah seperti firman-Nya;
"Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana." [Surah Asy-Syuura [42] : 51]
Perkara itu hanya khusus kepada para Nabi dan Rasul sahaja, dan adalah mustahil sama sekali dan tidak mungkin mana-mana manusia (selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.) mengatakan bermimpi mendengar Tuhan berkata-kata dengannya kecuali orang-orang yang sesat dan terencat akalnya (Sila lihat Artikel - Tipu Daya Iblis Zaman Ini). Maka sumber seperti ini dilarang menyebarkannya.
c.2) Membuat notakaki atau penjelasan mengenai sesuatu tulisan atau menjelaskan sumbernya.
Contoh 1 : Hirabah atau pemberontakan adalah sekumpulan orang yang bersenjata di negara Islam keluar untuk mengadakan kekacauan, rusuhan, pertumpahan darah, merosakkan tanaman.... (Bersumber dari Fiqh Sunnah Jilid 5 halaman 167).
Contoh 2 : Artikel Tujuan Menuntut Ilmu - Menegakkan agama Islam bermaksud..... Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.(Rujukan : Krisis Dalam Pendidikan Islam - Dr. S.S Husain dan Dr.
S.A Ashraf )
Notakaki adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan mengenai apa yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan sebagai dalil dan pemahaman kepada maksud-maksud tertentu. Sumber tulisan seperti ini (yang tiada sumber rujukannya) tidak layak dijadikan hujah, hanya sekadar bacaan santai.
03.Menghindari Laman Web yang Menghina Ulama
Berikut adalah firman Allah yang Maha Agung mengenai pembersihan nama Ummul Mukminin 'Aisyah r.ha. Namun, ini juga merupakan pengajaran kepada para mukminin dan mukminat supaya bersangka baik. (Rujuk tafsir Ibn Katsir halaman 270 juz 16-19)
"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata" (kerana tidak mendatangkan bukti)." [Surah An-Nuur [12] : 24]
"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar." [Surah An-Nuur [24] : 15]
Banyak laman web yang menghina para ulama baik dari ulama salaf, khalaf dan ulama masakini. Amat mendukacitakan kerana mereka mengkritik tanpa ilmiah dan hanya terikut-ikut rentak orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya. Saya tidak meletakkan contoh di sini, memadai dengan tajuk di atas.
Sekiranya terdapat laman web yang menghina para sahabat r.a, dan para ulama lainnya seharusnya dielakkan dan jangan mengambil apa-apa sumber yang terdapat dalam laman web tersebut, kerana mereka tidak lain hanya mengikut nafsu semata dan taksub malah mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang mengandungi unsur-unsur fitnah kepada para ulama, pemimpin atau mana-mana individu. Larangan ini jelas di dalam al-Quran dan hadis;
" ......kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar." [Surah An-Nuur [24] : 15]
Hadis : Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh)." [0082] Sahih Muslim
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya (tidak diketahui latarbelakangnya)." [Surah Al-Qalam [68] : 10-13]
PENUTUP
Tidaklah risalah ini bertujuan menghina mana-mana usaha dakwah dari laman-laman web yang ada, ia sekadar salah satu cara untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta-tuli apa yang ditulis oleh orang-orang yang sengaja memperlekehkan Islam ataupun orang yang tidak sengaja (kerana jahil).
"Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati." [Surah Faathir [35] : 38]
Moga risalah ini dapat dipanjangkan kepada para sahabat-sahabat yang lain dan semoga Allah yang Maha Agung menghindarkan kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." [Surah Ali 'Imran [3] : 104]
Rujukan :
Al-Quran dan terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Abbas
Kitab Hadis-Hadis Sahih dan Al-Jamiush Shaghir
Manahij Al-Muhaddithin [Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir]
The History Of Quranic Text [Prof. M.M Al-A'zami]
Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah – Cetakan kedua 1996 [Dr. Yusuf al-Qaradawi]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...