Thursday, August 25, 2011

3 SiTuaSi BeRBeZa

ok,. kali ni aku nk crite pasal 3 situasi berbeza,. situasi ape? macam2 situasi ade kt dunia ni,. masing2 dah besar, boleh pikir sendiri,. so pikir la sndiri. haha. tapi yg pasti bukan nye pasal lagu situasi nyanyian bunkface tu okeh.
sebenanye aku nk crite pasal 3 situasi dalam hidop nih,. yg brlaku dlm hidop aku la,. ade 3 situasi berbeza tika mana bersahur dan berbuka.. buka apa? buka puase la oi.

3 situasi berbeza,. iaitu mase kecik (skola rendah), skola mngah, dan bila mana dah sambung belajao

situasi 1 : masa kecil

zaman dulu, bulan pose bersamaan hujung tahun,. bile pose kompom cuti panjang. dlm otak dah set dah, kalau pose je, pastu cuti panjang. xde lain dah.. pose, pastu raye dan cuti. mase kecik, bukan tau mende.. Masa ni, sahur bersama femly, ade org kejut. nk xnak kene bangun makan sahur jugak sebelum dibangunkan dengan pelempang disusuli dengan ceramah percuma. tika sahur, menikmati hidangan makanan sahur yg sedap dan mengenyangkan.

Manakala berbuka juga dengan femly. sblum brbuka, ptg2 kn ade bazar. kalau boleh hari2 nk g bazar. g bazar tu macam perkara wajib pulak dah masa bulan pose. berbuka dengan penuh girang bersama menu yang agak mewah dan pelbagai jenis.

situasi 2 : sekolah menengah

zaman ni bulan pose makin awal. istilah lepas raya cuti panjang terus xkedengaran lagi dah. dan duduklah bertapa di asrama tercinta. Masa ni, sahur kompom la ngan kengkawan. dikejutkan oleh kengkawan. setiap hari, di"kompang"kan pintu2 bilik dan katil di gegar2kan untuk mengejut rakan yg lain bersahur. namun ada yang liat bangun dan memerlukan/mengiginkan kaedah yang lebih advance, akan tetapi kaedah2 tersebut adalah dirahsiakan disini. haha. dan bersahurlah kami di dewan makan yg femes dengan panggilan "dema". bersahur dengan makanan yang mengenyangkan. walaupun lauknya kadangkala sama macam lauk bukan bulan pose. tp nye tu lah,. tu pon kalau bangun nk bersahur la kan. kalau malas separa rajin pon, bangun dan bersahur personal,.. bersahur depan loker, tepi katil sambil pejam mata.. haha

Manakala berbuka juga bersama kengkawan la,. xde la pulak nk brbuka sorg2 dalam bilik. berbuka dengan menu yang mewah,. dan lebih special drpd bulan bukan Ramadhan. juga disertai menu yang masing2 mengada nak beli di kantin ataupun bazar sedangkan apa yang ada bila makan pun kenyang x ingat dunia. berbuka beramai2 di dewan makan tersayang. seringkali berlakunya perang biji kurma antara form. haha. mmg xde keje sungguh budak2 nih. berbuka ringan dulu, kemudian sembahyang maghrib dan setersnya melantak x sudah mengikut skill masing2..

situasi 3 : dah sambung belajar

zaman dah sambung belajar ni xde nye la nk dpt cuti lame2. tu pon mujur dapat cuti. haha. zaman ni, name pon sambung belajar kan.. mestilah duduk di asrama atau kediaman sendiri. tapi dlm bilangan yang kecil dan hidupnya adalah hidup orang bujang. bersahur bilamana terjaga sahaja. haha. tapi x la bermakna usaha kearah bersahur tu xde, cume kalao xde dorongn dan sokongn org lain ni mmg payah "sikit" nk bangun. nak2 pulak dah kalao tido kul 2 3 pagi. mmg "senang" la nak bangun. bese la hidup orang bujang. haha. maka bangunlah sahur andai terjaga bermenukan sekadar apa yang ada. kalau rajin sikit, pegi la masak, xpon pi makan kat luar. tu pon kalau bangun la kan.

Manakala berbuka pula macam tu jugak lah. tapi bila berbuka ni, nk jugak la brbuka ade member, berbuka sorg xsyok langsung. ade yang buat group masak time berbuka. ha, tu kami la tu! maka kami pertonjolkan bakat2 terpendam dan terendam yang ada.. kami luahkan segalanya pada masakan dan ramuan2 yang x bersalah. dan berbukalah bersama di bilik yang terpilih sambil mendengarkan dendangan lagu2 raya. oh bahagia nya. haha. tu pon kalau rajin masak la kan,. kalau xpon, pegi je masjid bilamana ade majlis brbuka puasa. bile rase kaye sikit, g la makan kat luar. rase kaye lebih sikit lagi, makan la kat KFC ke, mane ke. gitulah,.. camane lagi. hidup orang bujang la katekan. haha
okeh,. gamba atas ni agak lawak la, dah hujung2 sendiri lompat masuk itu ''rumah''. walaupun agak lawak, tapi ianya bawa makna yg cukup besar. xlame dah kita ni. tapi xsemestinya dah tua baru ''dijemput'',. muda2 pon ada kemungkinannya, sape tahu,..

tapi nak menunjukkan, dalam kehidupan ni kita akan banyak rasai situasi yang berbeza. bergantung kepada keadaan, umur, kesempatan, dan pelbagai faktor yang lain. tapi ketahuilah oleh kita, bahawa perbezaan itu adalah satu rahmat,. sepertimana dalam hidup kita, mcm2 yg berbeza,. bahasa, warna, gaya, bangsa,. dan adik beradiknya yang lain.

okey,. tu 3 situasi berbeza yang aku dah/sedang lalui. 3 je. xsemua orang sama,. mungkin ada yang lebih situasinya,. mungkin ada yang kurang sedikit.. apapon, semuanya rahmat dari Allah. disebaliknya tersembunyi banyak hikmah. situasi2 seterusnya, kita boleh jangka je la kan.. heh. biar masa yang menentukan,. segalanya dengan izin Allah..

***aku rindu situasi 2!!

11 comments:

  1. memang "senang" ek nak bangun sahur neh..errr...still got KFC..hah!

    ReplyDelete
  2. situasi dua memang penuh keceriaan, kegembiraan

    ReplyDelete
  3. ramdhan kat ostel mmg best. taem bukak pose je la. tpinye 2 la sumer 2 jadi kenangan je, hu3

    ReplyDelete
  4. haha
    mun~ meme la
    cik atin~ tu la,. dulu time dok hostel mrepek,.. kutuk2 la,. merungut2 la,.. keh3

    ReplyDelete
  5. taw2 je ko. mesti ko slalu wat an. ish3

    ReplyDelete
  6. ye2. org banyak pengalaman ni laen. ha3

    ReplyDelete

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...