Mereka kata...Kita ni pelajar Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu.
Mereka kata...Kita ni menjaga solat Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu.
Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita...Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak".
Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip.
Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni ma'thurat dijadikan amalan harian Tapi Kita...tengok ma'thurat pon dah jarang.
Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah Tapi Kita...Pekara yang wajib pun tak terjaga.
Mereka kata...Kita ni menutup aurat Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan.
Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu
Mereka kata...Zikir ni celah gigi kita je Tapi Kita...Entah ingat lagi entah x.
Mereka kata...Kita ni menjaga batasan pergaulan Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan..
Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana..
Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’..
Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?
Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada Tapi Kita...Itu dulu.. mungkin?
Yang telah disebut mungkin sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa lebih menghayati agama dari kita yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam.
Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..” Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu.
Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri..
Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan semua pelajar itu teruk,. namun sebahagiannya itu.. Mungin sebahagian kecil? mungkin sebahagian besar? Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan. Sama2 muhasabah diri kita
Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”
Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di suasana SMK(A) satu ketika dahulu..
kita perlu ingat, bukan pandangan manusia yang lebih kita cari. pandangan Allah lebih utama. sujud kepada akhirat, nescaya dunia akan sujud kpd kita. janganlah kita abaikan segala yg telah kita pelajari dan amalkan sewaktu kita belajar dahulu.. kelak kita akan menyesal di kemudian hari..
kita perlu ingat, bukan pandangan manusia yang lebih kita cari. pandangan Allah lebih utama. sujud kepada akhirat, nescaya dunia akan sujud kpd kita. janganlah kita abaikan segala yg telah kita pelajari dan amalkan sewaktu kita belajar dahulu.. kelak kita akan menyesal di kemudian hari..
manusie memang suke menilai..memang suke komen..memang suke judge people by his/her own view...
ReplyDeletememe doh,.
ReplyDeletetp ade kalanya salah dr pihak itu sndiri,.
anak² yg dihantar ke sekolah² Agama, yg telah diasuh dengan didikan² Agama, belajar ilmu² Agama akan sukar juga untuk menjadi Anak yg SOLEH, SOLEHAH jika suasana, keadaan dalam Keluarga, Ibu, Bapa, Kakak, Abangnya menunjukkan, mengamalkan sikap, cara Hidup yg bersalahan dengan kehendak agama.
ReplyDeletesekolah mmg institusi anak2 menimba ilmu,tetapi apabila sahaja mereka pulang kerumah, isi rumahlah yang mencorakkan mereka. Betul tak ustaz afiq?
Sekadar berkongsi. Hehehehe.
hahhh. btol la tu,. cbrn dan dugaan di luar institusi amat kuat dan mencabar,. namun perlu untuk tetap hati dalam beramal,.
ReplyDeletesemuanya tidak lain hanya,. "nak ke tak nak aje"
smoga dberi kkuatan dan kesabaran
thanks because sharing dis article..:-)
ReplyDeletesebab article yang cacat lagi bodoh macam ni la, pelajar sekolah agama jadi begitu. cetek akal betul penulis blog ini. ish ish ish.
ReplyDeletebetul tu . kadang - kadang bila dah keluar sekolah , macam batak tak pernah kenal dunia luar . terus cuba buat benda baru . tak istiqamah kan .
ReplyDeleteanon~ agar budak skola agama bermuhasabah.. salah ke?
ReplyDeletecaptain~ tu la pasal nye.. org kabo culture shock
ReplyDeletebest! double thumbs up!
ReplyDelete-----> sebab article yang cacat lagi bodoh macam ni la, pelajar sekolah agama jadi begitu. cetek akal betul penulis blog ini. ish ish ish.
ReplyDeletebodo sgt ke artikel neyh..? rse nye lebih baik kia nasihat menasihatii...xkn nk biar cm tuh..