Tuesday, August 30, 2011

KeSiLaPaN TiKa PeRaYaaN

okey,. musim perayaan dah tiba,. tapi kita masih tidak sedar, ada beberapa perkara yg sepatutnya kita beri perhatian,.


terdapat pelbagai kesilapan yang sering kita ulangi,. walaupun ianya nampak kecil,.. tidak kecil juga, tetapi ianya adalah perkara yang dilarang dalam agama.. disini, aku senaraikan antara kesilapan2 yang sering berlaku terutamanya ketika musim perayaan..

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. dan nafsu manusia tidak dapat dibaca.

2) Aurat ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. namun harus ingat.. Islam melarang berwangian berlebihan.. dan Islam tidak pula menyuruh berbusuk-busukan.

4) Pakaian ; Pakaian yang mendedahkan aurat dan bentuk susuk tubuh dengan ketat dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.. tidak kiralah pada tudungnya, bajunya,. ataupun kainnya.. belahan-belahan pada kain juga dilarang,. jika mahu memudahkan untuk berjalan, mengapa tidak memakai pakaian yang lebih longgar?

5) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini. berjalan kesana kemari,. lupa akan tanggungjawab yang lebih utama. yakni tanggungjawab sebagai hamba Allah. tinggalkanlah sementara urusan dunia. jagalah urusan akhiratmu, nescaya Allah akan menjaga urusan duniamu,.

banyak lagi kesilapan yang kita lakukan sebenarnya jika kita hendak teliti satu persatu. sama ada sedar ataupun tidak.. tapi cukup sekadar itu yang dapat aku nukilkan,. semoga ada manfaat,. sama2 ambil iktibar, amal, dan sampaikan,.. insyaAllah
~gambar tiada kaitan~

5 comments:

  1. 6) makan terlalu banyak sehingga tidur (seperti gambar di atas),,,haha

    ReplyDelete
  2. haha. kesilapan tu betul,.

    tp pasal gamba tu xbetul,. heh

    ReplyDelete
  3. bersalaman antare yg mude dgn yg tue???yg bukan mahram.. lau niat hanye untuk menghormati...is it wrong? as we can see, ramai yg shake hand, i mean, terutamenye bile golongan yang mude bertemu dgn golongan yg lebih tue...sometimes, dianggap agak kurang sopan kalau kite x bersalam dgn yg tue..so, how?... :)

    ReplyDelete
  4. hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram.. haram hukumnya,. nabi xpernah bersalaman dengan wanita bukan mahram,.

    Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan wanita biarpun dalam peristiwa baiah, sabda baginda yang bermaksud: Demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan wanita dalam baiah. (Riwayat al-Bukhari, jld:8, halaman:636).

    Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai’ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: ” Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai’atan itu. Baginda hanya membai’ah mereka dengan perkataannya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu atas hal itu.” (Riwayat Bukhari)

    namun ada prbezaan pendapat,. antaranya : dibolehkan bersalam, hulur tangan jika seseorang(bukan mahram) itu hulur tangan kepada kita dengan niat untuk tidak memalukan org itu. wallahu 'alam. sebaiknya elak,..

    apapun tetap xboleh,. adapun mungkin dibolehkan bersalaman dalam situasi tertentu sahaja. cuba elakkan.. walaupun mungkin ada khilaf, perbezaan pendapat,. berdasarkan nas2 dan dalil2 tertentu. namun, jgn ambil mudah dalam hukum bersalam,.. tanya diri kita, adakah nampak padanya (bersalam itu) satu keperluan mendesak? untuk lebih lanjut, sila hubungi yg lebih pakar..

    ReplyDelete
  5. oowh..dalam keadaan or situasi2 tertentu eh..err..wokeh..agak menjawab soalan..okeh..i;ll ask to the experts.....mekaseh encik :)

    ReplyDelete

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...