Monday, October 31, 2011

TeTaMu aGuNg ALLAH

musim haji kali ni dah nak habis,. tp xpe, bg kita yg masih belum berkesempatan, mari mengenali dengan lebih lanjut berkaitan ibadah haji..


Haji adalah mengunjungi Baitullah al haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya

HUKUM : haji wajib keatas Muslim yang mukalaf sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap Muslim perlu menanam keazaman untuk menunaikan ibadah haji seterusnya menyempurnakan dan melengkapkan kelima-lima tuntutan rukun Islam.
Dalil Wajib Haji..
(surah Ali-Imran : 97) 

Rasulullah bersabda yang bermaksud : ''Islam didirikan atas lima perkara; iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.'' (riwayat Bukhari dan Muslim)
Keutamaan Haji..
  • Ibadah haji merupakan salah satu perintah Allah yang harus dikerjakan bagi sesiapa yang mampu sekali seumur hidup.
  • Ibadah haji juga merupakan salah satu jihad pada jalan Allah (jihad fi sabilillah).
  • Ibadah haji dapat menghapuskan dosa.
  • Syurga adalah balasan bagi haji yang mabrur.
  • Belanja yang dikeluarkan bagi menunaikan ibadah haji merupakan infaq di jalan Allah.

Syarat Wajib Mengerjakan Haji..

  • Islam
  • Merdeka
  • Mukalaf
  • Berkuasa atau mampu
    -- mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk ke Makkah dan kembali kekampung semula
    --meninggalkan nafkah asas yang cukup bagi orang bawah tanggungannya
    --ada kenderaan dan perjalanan yang selamat dan aman
    --sihat tubuh badan
    --ada kesempatan masa untuk menunaikan haji

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...