Monday, October 31, 2011

LoGHaT PaHaNG

Pahang merupakan negeri yang kaya dengan sejarah dan telah wujud sejak dari kerajaan Melayu Melaka. Terletak di pantai timur semenanjung, loghat negeri Pahang agak kurang popular berbanding negeri negeri Kelatan dan Terengganu yang terletak di wilayah yang sama. Faktor ini mungkin disebabkan oleh geografi di negeri Pahang yang sangat luas dan terpisah jauh dari satu daerah ke satu daerah dan menyebabkan tiada ikatan yang kuat di antara rakyat berbanding negeri Kelatan yang kecil dan rakyatnya tidak dipisahkan oleh jarak yang terlalu jauh.

Untuk maklumat anda loghat pahang sukar untuk dipopularkan kerana negeri ini mempunyai banyak loghat mengikut daerahnya.....Tidak seperti di Kelantan dan Terengganu yang boleh dikatakan mempunyai satu loghatnya.

Loghat Pahang terbahagi kepada beberapa bahagian. Kalau yang di bahagian Kuantan, Kuala Rompin dah campur sikit dengan Loghat Terengganu dan Kelantan. Yang terkenal Loghat (Temerloh, Maran Bera), (Pekan) dan (Bentong, Kuala Lipis, Raub, Jerantut). Bukan semua orang Pahang pakar dan tahu semua bahasa negeri ni. 

Kalau anda ke Kuantan disana boleh dikatakan bercampurnya sedikit loghat Terengganu dan loghat Pahang sebelah timur (Pekan dan Rompin) dan kalau turun ke Maran sudah hampir ke loghat Temerloh dan Temerloh sendiri ada loghat Temerlohnya ( sedikit lembut dan beralun). Sekiranya anda ke Jerantut disana logatnya dan gaya cakapnya sedikit dalam dan pelik bunyinya. Bergitulah seterusnya kalau kita ke Raub dan ke daerah yang lain.

Yang istimewanya loghat Pahang ini, kata orang Pahang mereka boleh mengenali dari mana asalnya seseorang itu (daerahnya) bila sahaja terdengar mereka bercakap.

Apa pun kata sesetengah orang asalnya gaya percakapan di negeri ini ada hubung kaitnya dengan keadaan bentuk muka bumi disana dan alunan air sungainya. Laju dan lambatnya gaya bahasa mereka.

kajian membuktikan bahawa loghat pahang boleh diterima tetapi hanya org pahang sahaja yang boleh mengajuk cakap pahang...inilah keunikan loghat pahang..

nk blaja? search la kt tnet,. siap buat kamusnye lagi. haha. xdaye nk letak sume kt sini. hehehhh. ok lah tu

No comments:

Post a Comment

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...