tapi dalam sedar xsedar. blog adalah satu sumber penjana ekonomi dosa dan pahala bagi sang empunya. amat malanglah bagi yg menerima kredit dosa kedalam akaun amalan yang xkira masa. dtgnya dari dunia alam maya yg tiada cuti dalam beroperasi.
antaranya puncanya adalah post2 yg menceritakan hal semasa. ingin memberi maklumat semasa itu bagus tetapi memaparkan gambo2 yang terdedah auratnya.. seperti golongan artis sebahagiannya. blogger ni sbenarnye macam panelis surat kabo la.. lebih kurang. maklumat semasa itu pula ada yg diketahui dan tidak diketahui sumbernya. sahih ke rekaan ke. nampak best je, buat crite. boleh jadi ianya rekaan boleh jadi pula benar. bukankah menyebarkan yg salah itu bermakna kita bertolong bantu dlm perkara yg dusta?
lebih2 lg adalah post2 yg berkait dengan fitnah. tidak kiralah berkait politik, gosip artis atau sebagainya. semuanya x terlepas dari kemungkinan. hati2 dengan fitnah
.........وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ.... (Al-Baqarah:191)
dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan
tidak kurang juga dengan blog peribadi. berbicara mngenai diri sendiri mahupun org lain, ataupun artis luar dan dalam negara. penyebaran gambar2 terdedah aurat.. perkongsian video tarian, nyanyian, dan lain2. bukan semua perkara perlu untuk kita tunjuk kepada orang lain. sebagai perempuan contohnya, apabila ingin mengambil gambar untuk dimasukkan kedalam blog. dan pastinya tidak lari dari naluri seorang perempuan itu untuk berhias. oleh itu, bergembiralah syaitan, 'jarum halus'nya berjaya mencucuk jiwa2 insan untuk bertabarruj.. tanpa sedar........... apa? nk buat diari peribadi je? ehhe. nk buat diari peribadi private le. xprivate, nk bg 1 dunie tgok dan bace maknenye
ada juga yg jenis show off hubungan terlarang. *hubungan terlarang disini bermakan hubungan yg xhalal ye. sudahlah berbuat dosa, ditunjukkan ke serata dunia pula. tidak cukup dengan ceritanya, post gambar lg. peringatan bagi kita.. kalaupun tidak berbuat ketaatan janganlah menunjukkan kemungkaran. perlu dilihat juga post2 yg terarah kepada mengata org lain, kutuk org sana kutuk org sini. lebih buruk lagi, mengumpat. "fuhhh. dapat luah semua kat blog lepas sikit tensyen". tensyen dunia hilang lah MUNGKIN. tp tensyen akhirat kene beringat juge.
ouh, kalau gitu nk kene post sal agame je la sokmo. xyah pikir hal lain. gitu?
bicara hal lain2 itu xsalah. cume ade perkara yg perlu dititikberatkan.. dan jangan fikir post2 yang berkaitan ilmu2 agama tidak mendatangkan dosa. disini saya juga ingin ingatkan.. xsemestinya blog itu banyak bicaranya tentang agama, tiada salah nya. perlu diperhatikan juga sumber cerita, dalil terutamanya hadis. hadis banyak kedudukan dan taraf hadis. seperti hadis sahih, hasan, dhaif, maudhu', dan lain2. kita seharusnya berhati2 dalam membawa hadis. akhir zaman ini, kelihatan banyak hadis palsu. terutamanya berkait ngan amalan kebajikan, fadhilat2, dan sebagainya. berwaspada dengan sabda Rasulullah
'Sesiapa yg berkata mengenaiku apa yang tidak pernah aku ucapkan maka dia menempah tempat duduknya dalam neraka" -Shahih Bukharitahukah anda? dosa dan pahala lebih kurang seperti MLM juga.. inilah yg dikatakan sbgai saham. sabda Rasulullah..
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda, "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. sebaliknya, barang siapa yang mengajak kepada kesesatan, maka maka ia akan mendapat sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim)alangkah indah jika ia (segala punca kepada dosa itu) kita ubah ia menjadi sumber pahala kepada kita. itu sume soal pilihan. mende nak xnak je
jangankan blog, segala akaun kita yang lain, facebook, twitter, instagram, laman video sperti youtube, dan sebagainya juga berpotensi untuk menjadi aset penambah dosa kita.. masih tidak terlewat untuk kita mengubah segalanya. tetapi ingatlah, andai saat kematian tiba, tiada apa lagi yang mampu kita lakukan. ubahlah segalanya.. sementara masa masih ada
teliti kembali perkara2 lalu yang telah kita lakukan, muhasabah diri. ingatlah,.. orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. tiada apapun dengan dunia ni. ianya ladang akhirat. hanya kehidupan sementara yang menjadi jambatan untuk kita ke dunia yang kekal. andai populariti yang ingin diraih, andai follower yang ditagih, semuanya bersifat sementara. tidaklah mereka menjadi peneman kita dikala kita meninggalkan dunia. mungkin sebentar lagi, mungkin kejap2 lagi,.. siapa tahu?
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya." - Sahih Muslim#nasihat org lain bererti nasihat diri sndiri juga. teruja melihat rakan2 yg berkembang usaha dakwah. smpai masuk tv lg