Thursday, January 26, 2012

iKtiBaR DaRi RoLLeR CoaSTeR

orang selalu kata.. hidup umpama roda.. aku x setuju.. sebenarnya hidup adalah umpama roller coaster. apa? pandangan aku salah? biarlah.. lain orang lain pandangan lain pendapat bukan?.. dan tahukah anda, pelbagai iktibar yang dapat kita ambil dari roller coaster?

kita dapat lihat, semua orang adalah sama pada permulaannya.. tiada yang tinggi, tiada yang rendah kedudukannya. semua orang menuju penghujung rel roller coaster tersebut. sama seperti kehidupan kita bukan? kita semuanya lahir dari rahim ibu. dan semuanya menuju kearah yang sama berpenghujungkan perkara yang sama, iaitu mati.

hidup ini sering dikatakan seperti roda. ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah. tapi tidak sedarkah kita? roda boleh direverse-reverse kn.. tapi roller coaster xde gear reverse nya. begitu juga hidup kita.. hidup kena terus dan tidak boleh diundur. kita perlu hadapi liku2 kehidupan dengan tabah disertai pelbagai perasaan. liku2 kehidupan itulah yang dianggapkan sebagai lengkungan dan turun naik rel roller coaster itu sendiri.. nampak bukan?

sepanjang roller coaster.. pasti ada part yang laju ketika kita melaluinya bukan. begitu juga kehidupan kita. kita akan merasai kehidupan kita ini sebentar sahaja ketika kita leka diulit hiburan dan khayalan nikmat sementara dunia. part itulah dipadankan dengan keseronokan, tipu helah dunia. kita laluinya dalam masa yang singkat walaupun rel nya panjang. walau apa pun, kita boleh mengatasinya.. pejamkan mata, elakkan tipu helah dunia, walaupun dugaan hadir dari dalam hati, namun teruskan.. tabah menghadapi dengan tenang. tanpa memandang ke kancah maksiat godaan syaitan yakni dugaan dalam hati tersebut.

dan sudah pasti juga ada part yang slow.. pada saat itulah yang dipadankan dengan waktu kita beribadah. kita sering saja merasakan sudah lama beribadah. solat dua raka'at dirasakan lama. apatah lagi yang 3 rakaat, 4 raka'at.. begitu juga membaca alQuran, berada dalam majlis ilmu, dan lain2. pada hakikatnya, tempoh masa tersebut pastinya dirasakan sekejap apabila kita hadirkan ianya dengan hiburan.. kita sepatutnya isi jiwa dan menghayati segalanya dengan baik. kerana kelak kita akan menerima pelbagai 'dugaan' di masa hadapan.

juga lihatlah. pastinya ada rel yang tertinggi. dan ianya perlu 'didaki' dengan agak perlahan melalui rel yang agak panjang. begitu juga kehidupan kita. dalam mencapai kejayaan, menuju ke puncak kejayaan pastinya banyak liku2 rintangan yang mendatang. tiada kejayaan yang datang bergolek. ianya sentiasa perlukan daya usaha juga kebergantungan kepada Allah.


segala barangan keselamatan seperti besi pemegang, pengapit badan atau tali pinggang keselamatan, dan lain2 itulah yang diumpamakan sebagai ilmu. tanpa ilmu dan amal, pasti kita akan tersasar dari landasan yang benar seterusnya membinasakan diri sendiri. sebab itulah ilmu itu wajib dituntut sebagai pembela diri walau di mana kita berada.


roller coaster adalah sesuatu yang mencabar, sama seperti kehidupan kita. dan pada pengakhirannya, pasti ada yang pening, loya, serik, dan sebagainya. tetapi ramai juga yang seronok. nescaya berbahagialah orang yang seronok. begitulah perumpamaan keatas kita pabila kita mati kelak. ada yang mati dengan cara masing2 yang telah ditakdirkan Allah.. tetapi jangan risau, kita perlu hadapinya dengan tenang dan berpaksikan landasan yang benar iaitu AlQuran dan Sunnah. nescaya "perjalanan" kita selamat dan menemui pengakhiran yang sempurna.. insyaAllah

***itulah segalanya iktibar yang dapat kita lihat. tapi jika lihat dengan mata kasar, naik roller coaster tanpa memikirkan apa2 iktibar darinya, kita akan mendapati roller coaster itu adalah permainan yg seronok! (lain orang lain rasa)

Tuesday, January 24, 2012

SoaL DiRi TaNYa HaTi

tidak lama lagi kita akan menjengah kealam baru. berapa tahun sudah kita hidup? berapa bulan sudah? berapa minggu sudah? sedarkah kita telah sekian lama Allah meminjamkan segalanya kepada kita tanpa dikenakan bayaran satu sen pun. tapi sejauh mana kita semaikan 'iffah, syukur, dan redha dalam diri kita?

Mereka yang BUTA berharap agar dapat MELIHAT ALAM MAYA,,
Mereka yang PEKAK berharap agar dapat MENDENGAR SUARA,,
Mereka yang BISU berharap agar dapat BERCAKAP & BERKATA-KATA..
Mereka yang LUMPUH berharap agar dapat BERJALAN SEPERTI BIASA,,

akan tetapi lihatlah..

kita semua mampu MELIHAT, MENDENGAR, BERSUARA, BERJALAN dan SEBAGAINYA..

namun,,

mengapa kita masih lagi jua SOMBONG menerima ketetapan dan suruhan Allah?. adakalanya kita sukar menerima segala yang telah Allah kurniakan kepada kita.. ketetapan, rezeki, nikmat, ujian, musibah dan lain2. lebih teruk lagi ika kita mempersoalkan segalanya. nauzubillah. mintak jauh.. tanya diri soal hati, siapa kita?

marilah kita BERSYUKUR akan SEGALA-GALANYA,, Kalau hendak dihitung nikmat yang diberi Allah S.W.T yang Maha Pemurah memang tidak akan terhitung oleh kita..

seharusnya kita
Mensyukuri dengan hati, 
dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya dari Allah swt semata-mata...

Mensyukuri dengan lisan,
dengan memperbanyak ucapan Alhamdulillah (segala puji milik Allah) wasyukru lillah (dan segala bentuk syukur juga milik Allah)...

Mensyukuri dengan perbuatan.
##Mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah untuk menunaikan perintah-perintah Allah, baik perintah wajib, sunat mahupun mubah..
##Mempergunakan segala bentuk kenikmatan Allah dengan cara menghindari, menjauhi dan meninggalkan segala bentuk larangan Allah, baik larangan yang haram mahupun yang makruh..

Firman Allah swt:
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yang kamu Dustakan? (Ar-Rahmaan).

***tahukah anda, ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam surah ini.


firman Allah S.W.T. :
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Surah Ibrahim: 7)

dan ingatlah bagi kita segala yang berlaku ada hikmahnya. kita hanya hambaNya yang tidak punyai apa2. manusia memang selalunya mengabaikan nikmat 'ada'. normalnya manusia tidak menyedari nikmat yang ada hinggalah nikmat itu ditarik oleh Allah. semoga kita tidak lalai dikaburi nikmat2 dan sentiasa mengejar apa yang belum kita ada. mengejar apa yang kita tidak ada itu tidak salah, tetapi jangan kita lupa dengan apa yang kita ada. insyaAllah ada manfaat.

Tuesday, January 10, 2012

JaNGaN TeRLaLu MeMPeRTiKaiKaN DaKWaH oRaNg LaiN


akhir-akhir ini.. apa yang dapat kita lihat, bidang dakwah semakin rancak. Alhamdulillah. tapi tidak kurang juga dengan perkara2 yang lagha dan melalaikan seprti filem2, rancangan2 televisyen, dan pelbagai lagi perkara hiburan lain.

Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. apa yang dapat kita lihat, dakwah2 kini disampaikan melalui pelbagai teknik dan cara seprti lukisan, nyanyian, tulisan, video, dan sebagainya.. namun, ada yang pertikaikan akan dakwah2 mereka itu.. mengapa perkara sebegini berlaku?

seperti yang kita ketahui, Rasulullah adalah role model yang perlu kita contohi dalam segenap aspek kehidupan. begitu juga dengan dakwah. janganlah kita menyempitkan fikiran kita, mempertikaikan mereka2 yang berdakwah mengikut acuan lain dan tidak seperti cara yang digunakan Rasulullah. namun, perlu juga untuk kita ketahui, cara Rasulullah adalah cara terbaik. tetapi tidaklah cara lain itu tidak mendatangkan manfaat.

antara strategi dan cara dakwah yang popular adalah nyanyian. namun ada yang mengatakan, "alah, apa guna nyanyi.. xkisah la lagu nasyid, ketuhanan ke ape ke, same je.. kalau cara nasyid, dengan menyanyi tu berkesan, dah lama Rasulullah buat". oh, kata jangan sebarang kata. nak mengharapkan kita? ada kita dakwah orang lain? jika hendak dakwah muslim kearah yang lebih baik pun tidak, inikan pula dakwah bagi yang bukan muslim..

tidak sedarkah kita, dengan alunan lagu ketuhanan seperti nasyid itulah banyaknya menyebarkan info2 tentang Islam kepada mereka yang bukan Islam. ilmu2 agama juga dapat disampaikan selain mengajak kearah ma'ruf dan meninggalkan yang mungkar.

tidak kurang juga yang mempertikaikan mereka yang berdakwah melalui penulisan.. ada yang berkata "alah, tulis/taip mnde2 agama, mnde2 baik konon, perangai jahanam jugak. nak dakwah orang konon". dan kemudian mulalah dikatakan hipokrit dan sebagainya. segala usaha yang kita lakukan bermula dengan pemikiran sebenarnya.
kerana
FIKIRAN akan menjadi BUTIR-BUTIR PERKATAAN,..
KATA-KATA akan menjadi TINDAKAN,.. 
TINDAKAN akan menjadi KEBIASAAN,.. 
KEBIASAAN akan menjadi PERWATAKAN,.. 
PERWATAKAN akan menjadi TAKDIR KEHIDUPAN,.. 

jika kita sekat pemikiran kita dengan tanggapan negatif, maka tetaplah kita dalam kemunduran dan kejahilan. kita perlu paksa diri untuk berhijrah kearah lebih baik. tanpa hipokrit, kita xmampu untuk melakukan perubahan. jika kita tidak mahu berubah kearah yang lebih baik hanya kerana tidak mahu dilabel hipokrit, demikian tindakan kita hanya berlandaskan harapan dan angan2 sahaja.

dan apabila kita berjaya mengubah diri kita, barulah orang lain nampak kesannya dan secara tidak langsung mereka sedar, dengan penulisan itu, bukanlah dakwah kepada orang lain sahaja, malah lebih2 lagi kepada diri yakni penulis itu sendiri kearah yang lebih baik. kerana apabila kita menegur atau nasihat atau mengingatkan orang lain, bermakna kita juga telah melakukannya keatas diri kita sendiri.

selain itu, cara lain adalah dengan lukisan. hendak berjumpa dengan orang, hendak menegur orang lain, hendak mengajak kearah ma'ruf dan menjauhi yang munkar face to face.. mungkin sukar bagi kita. malah akan kita sertakan dengan beribu alasan seperti malu, risau, benci dalam hati je la, dan sebagainya. bagi lukisan pula, setidak2nya lukisan2 mereka itu menyampaikan ilmu2 agama seperti ayat2 alQuran, hadis, kata2 nasihat dan sebagainya. namun tidak kisah pula kita membaca komik2 hiburan dan sebagainya?? patutkah kita pertikaikan mereka sedangkan kita hanya berdiam diri dan hanya tumpu kepada amal ibadat masing2 tanpa mempedulikan orang lain? 

lagi satu cara yang femes, adalah dakwah melalui video. ada yang membuat filem pendek, video2 nasihat, dan sebagainya. perkara sebegini juga mendatangkan banyak manfaat kepada semua. ilmu agama dapat disebarkan, nasihat diberikan.. sedarkah kita, perbuatan mereka itu jauh lebih bermanfaat daripada mereka2 yang membuat  filem2 dan video2 yang mengarut seperti miming dan sebagainya. salahkah berdakwah menggunakan metod2 yang ada pada zaman kita yang serba canggih ini?

mengapa perlu pertikaikan dakwah orang lain sedangkan kita tidak mencegah yang mungkar?
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ 
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"
Hadis sahih riwayat Muslim

begitulah seterusnya dalam cara2 dakwah yang lain. pastinya ada manfaat yang terselit di sebalik dakwah itu. jangan terlalu pertikaikan dakwah orang lain tetapi muhasabah diri sendiri dahulu dalam aktiviti dakwah.. sama2 tanya dan muhasabah diri kita, apakah sumbangan kita dalam menyebarkan agama Allah ini?

adalah lebih baik kita mengajak orang2 diluar sana yang masih ramai belum mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah.. semoga Islam berkembang dengan lebih pesat lagi. kita tidak tahu, mungkin di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh orang2 lain mengapa tidak menegur, mengapa tidak membawa mereka mengenal Allah ketika di dunia dulu. pada waktu itu, barulah kita terfikir akan segala yang telah kita lakukan, juga segala sumbangan kita dalam usaha dakwah. sama2lah pertingkat usaha dakwah daripada hanya melihat dan lebih2 lagi pertikaikan dakwah orang lain. *kita kena bijak dalam berdakwah

tetapi seandainya apa yang kita lihat, cara mereka berdakwah itu salah atau bakal menimbulkan kekeliruan, salah tafsir, dan sebagainya pada pandangan kita, sedangkan kita lebih tahu, wajarlah kita menegur agar mereka dapat melakukan pembetulan dan pembaharuan. jangan pula kita berdiam diri dan membiarkan orang lain dalam kesalahan dan kesesatan. insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...