Thursday, January 26, 2012

iKtiBaR DaRi RoLLeR CoaSTeR

orang selalu kata.. hidup umpama roda.. aku x setuju.. sebenarnya hidup adalah umpama roller coaster. apa? pandangan aku salah? biarlah.. lain orang lain pandangan lain pendapat bukan?.. dan tahukah anda, pelbagai iktibar yang dapat kita ambil dari roller coaster?

kita dapat lihat, semua orang adalah sama pada permulaannya.. tiada yang tinggi, tiada yang rendah kedudukannya. semua orang menuju penghujung rel roller coaster tersebut. sama seperti kehidupan kita bukan? kita semuanya lahir dari rahim ibu. dan semuanya menuju kearah yang sama berpenghujungkan perkara yang sama, iaitu mati.

hidup ini sering dikatakan seperti roda. ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah. tapi tidak sedarkah kita? roda boleh direverse-reverse kn.. tapi roller coaster xde gear reverse nya. begitu juga hidup kita.. hidup kena terus dan tidak boleh diundur. kita perlu hadapi liku2 kehidupan dengan tabah disertai pelbagai perasaan. liku2 kehidupan itulah yang dianggapkan sebagai lengkungan dan turun naik rel roller coaster itu sendiri.. nampak bukan?

sepanjang roller coaster.. pasti ada part yang laju ketika kita melaluinya bukan. begitu juga kehidupan kita. kita akan merasai kehidupan kita ini sebentar sahaja ketika kita leka diulit hiburan dan khayalan nikmat sementara dunia. part itulah dipadankan dengan keseronokan, tipu helah dunia. kita laluinya dalam masa yang singkat walaupun rel nya panjang. walau apa pun, kita boleh mengatasinya.. pejamkan mata, elakkan tipu helah dunia, walaupun dugaan hadir dari dalam hati, namun teruskan.. tabah menghadapi dengan tenang. tanpa memandang ke kancah maksiat godaan syaitan yakni dugaan dalam hati tersebut.

dan sudah pasti juga ada part yang slow.. pada saat itulah yang dipadankan dengan waktu kita beribadah. kita sering saja merasakan sudah lama beribadah. solat dua raka'at dirasakan lama. apatah lagi yang 3 rakaat, 4 raka'at.. begitu juga membaca alQuran, berada dalam majlis ilmu, dan lain2. pada hakikatnya, tempoh masa tersebut pastinya dirasakan sekejap apabila kita hadirkan ianya dengan hiburan.. kita sepatutnya isi jiwa dan menghayati segalanya dengan baik. kerana kelak kita akan menerima pelbagai 'dugaan' di masa hadapan.

juga lihatlah. pastinya ada rel yang tertinggi. dan ianya perlu 'didaki' dengan agak perlahan melalui rel yang agak panjang. begitu juga kehidupan kita. dalam mencapai kejayaan, menuju ke puncak kejayaan pastinya banyak liku2 rintangan yang mendatang. tiada kejayaan yang datang bergolek. ianya sentiasa perlukan daya usaha juga kebergantungan kepada Allah.


segala barangan keselamatan seperti besi pemegang, pengapit badan atau tali pinggang keselamatan, dan lain2 itulah yang diumpamakan sebagai ilmu. tanpa ilmu dan amal, pasti kita akan tersasar dari landasan yang benar seterusnya membinasakan diri sendiri. sebab itulah ilmu itu wajib dituntut sebagai pembela diri walau di mana kita berada.


roller coaster adalah sesuatu yang mencabar, sama seperti kehidupan kita. dan pada pengakhirannya, pasti ada yang pening, loya, serik, dan sebagainya. tetapi ramai juga yang seronok. nescaya berbahagialah orang yang seronok. begitulah perumpamaan keatas kita pabila kita mati kelak. ada yang mati dengan cara masing2 yang telah ditakdirkan Allah.. tetapi jangan risau, kita perlu hadapinya dengan tenang dan berpaksikan landasan yang benar iaitu AlQuran dan Sunnah. nescaya "perjalanan" kita selamat dan menemui pengakhiran yang sempurna.. insyaAllah

***itulah segalanya iktibar yang dapat kita lihat. tapi jika lihat dengan mata kasar, naik roller coaster tanpa memikirkan apa2 iktibar darinya, kita akan mendapati roller coaster itu adalah permainan yg seronok! (lain orang lain rasa)

4 comments:

  1. ok. lepas bace entry ni rase cam ade keberanian sket nak try roller coster.. ha3

    ReplyDelete
  2. sikit je? naik ulang dan ulang. lagi dan lagi la.. seronok..

    ReplyDelete
  3. wah, kamu mmbuka mata sy utk memandang dunia dpd sudut yg lain, lepas ni sy akan ckp hidup umpama roaller coaster...byw, sy sgt takottttt nk naik roaller coaster sbb tringat citer final destination (-_-') hadui, nyesal tgk citer tu, fobia i~~ haha
    singgah blog sy : lynndamya.blogspot.com (tq)

    ReplyDelete
  4. 0owh.. imaginasi filem la ni..
    bgus.. pndg dunia dari sudut lain, baru jiwa seni.. hehe

    ReplyDelete

haaaaaaaaah,. komen la ape lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...