Monday, October 31, 2011

LoGHaT PaHaNG

Pahang merupakan negeri yang kaya dengan sejarah dan telah wujud sejak dari kerajaan Melayu Melaka. Terletak di pantai timur semenanjung, loghat negeri Pahang agak kurang popular berbanding negeri negeri Kelatan dan Terengganu yang terletak di wilayah yang sama. Faktor ini mungkin disebabkan oleh geografi di negeri Pahang yang sangat luas dan terpisah jauh dari satu daerah ke satu daerah dan menyebabkan tiada ikatan yang kuat di antara rakyat berbanding negeri Kelatan yang kecil dan rakyatnya tidak dipisahkan oleh jarak yang terlalu jauh.

Untuk maklumat anda loghat pahang sukar untuk dipopularkan kerana negeri ini mempunyai banyak loghat mengikut daerahnya.....Tidak seperti di Kelantan dan Terengganu yang boleh dikatakan mempunyai satu loghatnya.

Loghat Pahang terbahagi kepada beberapa bahagian. Kalau yang di bahagian Kuantan, Kuala Rompin dah campur sikit dengan Loghat Terengganu dan Kelantan. Yang terkenal Loghat (Temerloh, Maran Bera), (Pekan) dan (Bentong, Kuala Lipis, Raub, Jerantut). Bukan semua orang Pahang pakar dan tahu semua bahasa negeri ni. 

Kalau anda ke Kuantan disana boleh dikatakan bercampurnya sedikit loghat Terengganu dan loghat Pahang sebelah timur (Pekan dan Rompin) dan kalau turun ke Maran sudah hampir ke loghat Temerloh dan Temerloh sendiri ada loghat Temerlohnya ( sedikit lembut dan beralun). Sekiranya anda ke Jerantut disana logatnya dan gaya cakapnya sedikit dalam dan pelik bunyinya. Bergitulah seterusnya kalau kita ke Raub dan ke daerah yang lain.

Yang istimewanya loghat Pahang ini, kata orang Pahang mereka boleh mengenali dari mana asalnya seseorang itu (daerahnya) bila sahaja terdengar mereka bercakap.

Apa pun kata sesetengah orang asalnya gaya percakapan di negeri ini ada hubung kaitnya dengan keadaan bentuk muka bumi disana dan alunan air sungainya. Laju dan lambatnya gaya bahasa mereka.

kajian membuktikan bahawa loghat pahang boleh diterima tetapi hanya org pahang sahaja yang boleh mengajuk cakap pahang...inilah keunikan loghat pahang..

nk blaja? search la kt tnet,. siap buat kamusnye lagi. haha. xdaye nk letak sume kt sini. hehehhh. ok lah tu

aWaS! DoSa BeRGaNDa

Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas, kerana apabila dosa-dosa kecil tersebut dilakukan, ia akan menjadi dosa besar! Pertukaran ini berlaku apabila..:

melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus -menerus walaupu ianya dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan sesekali mengatakan dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ianya kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.

Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah , namun masih kekal dmelakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

Tidak segan silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia, bahkan dihadapan Allah.

Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah. Hal ini juga berlaku berikutan dosa oleh seseorang yg berpengaruh. Pengaruh besar juga pengaruh kecil. Ianya sama sahaja.

semuanya antara sebab yang berkait rapat. haruslah kita beri perhatian terutamanya yang menyebabkan sesuatu dosa itu mnjadi ikutan orang lain. ianya menjadi saham kepada kita.. siapa kata kita tiada pengaruh? siapa tahu.. diri kita xboleh menjawabnya melainkan org lain di sekitar kita

uBaT HaTi


hati adalah komponen penting kepada manusia.. namun, hati itu ada dua, hati yang zahir dan hati yang batin..

AlQuran adalah pengubat hati yg terbaik.
berusahalah untuk sentiasa melihatnya, mendekatinya, membukanya, membacanya, memahaminya, menghayatinya, ambil iktibar, amal, dan sampaikan..

dan ketahuilah,. hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang

(surah ar-ra'd : 28)

semoga kita dikurniakan kekuatan untuk beramal

TeTaMu aGuNg ALLAH

musim haji kali ni dah nak habis,. tp xpe, bg kita yg masih belum berkesempatan, mari mengenali dengan lebih lanjut berkaitan ibadah haji..


Haji adalah mengunjungi Baitullah al haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya

HUKUM : haji wajib keatas Muslim yang mukalaf sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap Muslim perlu menanam keazaman untuk menunaikan ibadah haji seterusnya menyempurnakan dan melengkapkan kelima-lima tuntutan rukun Islam.
Dalil Wajib Haji..
(surah Ali-Imran : 97) 

Rasulullah bersabda yang bermaksud : ''Islam didirikan atas lima perkara; iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.'' (riwayat Bukhari dan Muslim)
Keutamaan Haji..
  • Ibadah haji merupakan salah satu perintah Allah yang harus dikerjakan bagi sesiapa yang mampu sekali seumur hidup.
  • Ibadah haji juga merupakan salah satu jihad pada jalan Allah (jihad fi sabilillah).
  • Ibadah haji dapat menghapuskan dosa.
  • Syurga adalah balasan bagi haji yang mabrur.
  • Belanja yang dikeluarkan bagi menunaikan ibadah haji merupakan infaq di jalan Allah.

Syarat Wajib Mengerjakan Haji..

  • Islam
  • Merdeka
  • Mukalaf
  • Berkuasa atau mampu
    -- mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk ke Makkah dan kembali kekampung semula
    --meninggalkan nafkah asas yang cukup bagi orang bawah tanggungannya
    --ada kenderaan dan perjalanan yang selamat dan aman
    --sihat tubuh badan
    --ada kesempatan masa untuk menunaikan haji

Thursday, October 13, 2011

LaGi Mau BeRBuat MuNgKaR?


Assalamualaikum,. agak lama sudah tidak membuat nukilan khas pada blog ini rasanya.

soalan ini ditujukan khas kepada diri sndiri dan yg sedang mmbaca. tepuk dada tanya hati. SEDIKITKAH DOSA KITA?

oh ya,. jangan pernah merasakan bahawa kita sikit melakukan dosa. sedangkan nabi yang ma'sum pun bertaubat banyak kali dalam sehari.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah! Saya meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kali." - Hadis Sahih Bukhari No. 1732

seharusnya.. dalam setiap perilaku kita, andai kita dibisikkan oleh nafsu atau syaitan untuk berbuat mungkar.. kita perlu ingat bahawasanya.. siapa kita untuk berbuat mungkar?

mahu berbuat dosa? boleh.. tapi seandainya kita penuhi syarat2 berikut:

1. jangan makan rezeki Allah. 
2. jangan tinggal dibumi Allah.
3. cari tempat sembunyi yang xdapat terlihat oleh Allah
4. "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut roh, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'
5. kalau nanti malaikat Zabaniyah datang nak mengiringi ke neraka bila kiamat nanti, jangan ikut bersamanya.

dan ketahuilah oleh kita segala yang tersebut adalah mustahil bagi kita.. juga menunjukkan kita langsung tidak layak dan tidak boleh berbuat dosa kepada Allah..

siapalah kita. kita hanya hamba-Nya yg lemah dan tidak mempunyai apa-apa.. kita harus sedar tujuan kita berada di dunia ini..

surah Adz –Dzariyat: 56

baca, fahami, hayati, dan ambillah iktibar dari dialog kartun dibawah..


kita ni sedut oksigen pon hanya dengan izin Allah,. lagi mahu berbuat mungkar? 

sama2 muhasabah diri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...