hari ke hari.. kita dapat lihat, makin ramai yang bertelagah sesama sendiri. mengikut kemahuan, kehendak, dan kepentingan masing-masing. tidak kiralah dalam bidang apapun sama ada bidang agama, politik, dan sebagainya. namun apa yang dapat dilihat, ada kalanya, orang yang berhujah itu, bukanlah dari kalangan orang yang sepatutnya dan tidak berlandaskan keperluan yang ada bagi seorang yang berhujah.
tahukah kita, untuk berhujah, adalah perlu untuk kita pastikan dahulu bahawa kita berada di pihak yang benar. Setakat menjadi lalang yang pendiriannya terumbang ambing, hanya sekadar menjadi sang pemerhati, itu bukanlah tiket untuk mendakwa kita berada di pihak yang benar. dan ketahuilah, haram bagi kita, jika kita tahu sesuatu pihak itu salah, kita menyembunyikannya, kita menyokong pihak yang salah, dan menentang yang benar.
kita perlu sertakan ilmu yang mendalam bagi setiap apa yang kita hendak hujahkan. mana mungkin seseorang itu mampu berhujah jika tiada ilmu. tapi, ilmu itu biarlah mendalam. bukannya sekadar tahu sedikit dan terus digunakan untuk berhujah. dengan ini, hanya akan menjadi seorang insan yang hanya "menegakkan benang yang basah". perlunya kita arif dalam topik, subjek, dan bidang itu dahulu sebelum kita perbahaskan dengan orang lain.
selain itu, kajian menyeluruh perlulah kita lakukan. ini kerana, dengan hanya tahu sedikit dan tidak melakukan kajian terdahulunya, ini mendedahkan kita kepada pandangan yang terhad. boleh jadi dapatan kita itu hanya sesuatu yang tergantung dan tidak jelas. keputusan yang kita dapat itu membuatkan hujah kita lebih mudah untuk dipatahkan. tambahan lagi, kita perlu melakukan kajian bukan hanya dari pihak kita. buat kajian dari pihak lain, dan buat perbandingan. mungkin dengan ini, kita akan dapat lihat, mana yang betul, mana yang salah.
pandanglah secara menyeluruh. tidaklah hanya dari satu sudut pandangan sahaja. jangan kita hanya pandang pada satu perkara hinggakan kita kabur dengan perkara itu dan lupa pada hal lainnya. ini juga menyempitkan pemikiran dan hanya mengehadkan pengetahuan kita.
kita tidak sepatutnya lihat hanya kepada sebelah pihak. janganlah kita bersikap fanatik atau ta'sub. hasilnya, kita hanya nampak kesalahan pihak lain dan sehingga enggan mendengar pendapat orang lain meskipun pihak yang lain membawa bukti dan fakta yang kukuh untuk kebaikan bersama.
selain itu, kita hendaklah sertakan dalil dan sumber. dalil bermakna bukti. setiap kata-kata itu hendaklah berlandaskan laluan yang betul dan berdasarkan dalil, bukti yang tertentu. namun jangan pula kita lupa untuk memastikan kesahihan sumber yang ada. kerana sumber yang tidak boleh di percayai ada di mana-mana walaupun kita tidak menyangkakannya. sumber yang tidak sahih akan menjadikan kita lebih terdedah kepada kesilapan.
dan juga, kita hendaklah berlapang dada ketika berhujah. berhujah dengan hati terbuka dan mudah menimbang tara setiap dapatan dari pihak lain ketika berhujah. bersedialah untuk menerima kritikan dan nasihat. jangan hanya anggap bahawa kita sahaja yang betul. sedangkan manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan. adakalanya kita tersilap langkah. tikamana orang lain ingin menyedarkan kita, kita berkeras kepala pula. maka tetaplah kita dalam kejahilan. dan dengan ini, tiada gunalah kita berhujah jika hanya mahu pendirian dan pegangan kita sahaja yang betul dimata semua orang.
tetapi jika kita hendak menegakkan agama Allah, Islam ini, perlulah kita berhujah dengan baik agar ianya memperlihatkan keindahan dan kebenaran Islam itu sendiri. jangan pula kerana tidak ada persediaan keperluan yang cukup seperti yang disenaraikan di atas, kita membawa fitnah kepada Islam.
perbezaan itu satu rahmat. raikannya dengan baik.. tidak perlulah kita bertelagah dan bergaduh antara satu sama lain. setiap orang tidak pasti sama pemikirannya dengan yang lain. semua itu anugerah dari Allah.
*aku bukanlah pembahas dari mana-mana peringkat
*dan aku juga dah muak tgok org bertaki sana sini